Thursday, January 13, 2011

Mamogram..

This info utk sharing..

Masa mula2 dgr psl ni,mmg tkjut n xsngka..
Cme skrg ni xde brita sbnr @ sahih yg btul2 leh dprcayai
Cme dari semasa ke smasa tggu brita psl ni...
hrp2 xde ape yg brlaku...
hrp2 smua kmbli spt biase...
hrp2 gak xde effect utk masa akn dtg..
(too much wish kn)

1st prsn n trus cek up pd akhir buln lps...
then dr scan gtau dr pn xdpt kesan...
n mybe tisu2 dskeliling..
so,mybe xtruk sgt...

tggu cek up ari slasa artu..
n dr kata nk wt mamogram plak slasa dpn..
lps tu 1mggu akn dtg,jmpe dr plak.

pd ku better buang smua..
yela,klau simpn mne la tau klau mrebak ke ape ke...
tp smpai skrg xtau ape status trkni n dr pn xdetail cte psl ni..
yg cme dr sarankan wt mamogram...
so,ikut je ar...


ni info psl mamogram..

Pemeriksaan payudara diri bagi mengesan kehadiran benjol pada payudara perlu dilakukan sendiri setiap bulan, iaitu pada tiga atau empat hari selepas haid. Jika didapati ada perubahan pada buah dada, segera berjumpa doktor.

Antara perubahan itu ialah kulit menjadi kasar, wujud nodus (benjol keras), penterbalikan puting atau kulit, kulit berkedut dan menjadi merah, keluar cecair gelap atau darah dari puting atau nodus limpa di bawah ketiak membengkak.

“Ujian pemeriksaan kanser dilakukan secara manual (tangan) dan mamogram hanya untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi barah payudara perlu menjalani ujian mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35 tahun.

Usah takut untuk jalani pemeriksaan kesihatan, terutama wanita muda yang aktif melakukan hubungan seks. Ujian ini perlu dijalani sekurang-kurangnya setiap dua tahun sepanjang hayat walaupun usia mencecah 65 tahun.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian barah payudara, ultra sound dan ujian lumuran Pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Cara pemeriksaan sendiri
Berdiri di hadapan cermin

* Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
* Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
* Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.

Berbaring

* Untuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.


Dapatkan nasihat dari doktor jika terdapat:

* Sebarang gumpalan.
* Sebarang perubahan pada gumpalan yang timbul.
* Sebarang perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit.
* Puting tersorot ke dalam.
* Terasa sakit pada payudara.

4 comments:

aBoi said...

harap semuanya selamat..

zal88 said...

thnks aboi..;-)
sdg mnantikan brita strusnye...

wanna said...

aku pon dokan semuanya selamat leha..

zal88 said...

tq wana...;-)