Tuesday, January 18, 2011

-filem terakhir beliau-

”JANGAN HANTAR AKU KE NERAKA”
LAKONAN TERAKHIR FAIZAL YUSOF BERSAMA TV9

Pemergian Allahyarham Faizal Yusof pada awal tahun baru 2011 memang amat memeranjatkan bagi kita semua dan memberi kesan yang besar dalam pesada seni hiburan kita. Terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan beliau yang menjayakan drama “Jangan Hantar Aku Ke Neraka” seperti ialah Fadilah Mansor, Adeq Ku Yusry, Watie Sadalie, Wan Sharmila dan Wan Nor Azlin kerana mereka baru sahaja beberapa hari selesai pengambaran tele-filem tersebut.

Kepada anda yang ingin melihat lakonan daripada pelakon berpengalaman ini menerusi tele-filem ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’ merupakan tele-filem terakhir Allahyarham dan bakal ditayangkan pada hari Rabu, jam 8.30 malam pada 19 Januari ini menerusi slot Skrin Di 9.

No comments: