Mantan wanita 1 negara :
Sebaik melabuhkan tubuhnya di kerusi empuk, Dr Siti Hasmah terus membuka bicara tanpa dipinta. Kisah persahabatannya dengan Dr Mahathir ketika menuntut di kolej dan cerita bagaimana bibit-bibit cinta mereka berputik begitu mencuit hati.
Sesuatu yang mengagumkan, ingatan wanita kelahiran Selangor itu masih lagi tajam walaupun pada usia 85 tahun.
“Saya seorang yang cukup feminin di zaman kolej. Sebagai wanita, saya gemar berbaju kurung, berkebaya dan suka mengikat tocang. Sehinggalah pada suatu hari, saya ditegur profesor yang meminta supaya saya memotong pendek rambut kerana bimbang disambar api ketika melakukan uji kaji,” katanya sebagai pembuka bicara.
Cerita rambut tocang hendak disambar api oleh Dr Siti Hasmah ini menyebabkan kami semua ketawa. Memang aaak lucu. Mungkin sudah terbiasa sejak di zaman kolej, beliau memang nampak lebih selesa untuk terus berbaju kurung.
Berbicara mengenai lelaki yang berjaya menambat hatinya, kata Tun Siti Hasmah, suaminya yang dipanggil ‘Det’ adalah seorang yang pemalu serta sukar meluahkan perasaannya secara terang-terangan.
Mereka berkenalan pada 1947 dan mulai rapat apabila Tun Mahathir menjadi tutornya.
“Walaupun zahirnya hubungan kami nampak mesra, namun setiap kali mengikuti kelas bersama Tun Mahahtir, kami selalu juga berkelahi.
“Tapi dia (Dr Mahathir) seorang yang bijak. Jadi setiap kali mengajar, dia tidak suka sekiranya saya mempertikaikan apa yang diajar. Baginya kalau itu jawapannya, jangan pertikaikan dan jangan cuba mencari formula lain kerana memang itu jawapannya.
“Dia juga seorang yang kuat cemburu. Ketika di kolej, saya satu-satunya wanita Melayu. Saya pula suka berkawan dengan sesiapa saja tetapi rupa-rupanya Tun tidak suka. Mula-mula saya tidak faham, tetapi lama-kelamaan barulah saya sedar yang dia tidak suka saya terlalu rapat dengan lelaki lain. Bila tahu begitu, saya cuba tidak berkawan rapat dengan lelaki lain,” kata Dr Siti Hasmah. ;-)
No comments:
Post a Comment