Thursday, October 31, 2013

lori kontena dipandu laju menghala ke hospital serdang

Sebuah lori kontena yang di pandu laju terbabas ke arah lorong bertentangan berhampiran Hospital Serdang Semalam .

Kejadian berlaku petang semalam (30/10/2013) di SKVE menghala ke Hospital serdang, kejadian ini sempat di rakam oleh seorang pengguna jalan raya bertujuan untuk melaporkan  kepada SPAD.

Namun lori yang di pandu laju di lorong laju tersebut akhirnya terbabas ke lorong bertentangan yang menyebabkan melanggar sebuah kenderaan lain .
 
Ini lah gambar  lori kontena yang terbabas tersebut , yang menyebabkan terlanggar sebuah kereta pacuan 4 roda  , mangsa di dalam kenderaan tersebut tidak dapat di pasti kan nasib nya.
ni videonya:
http://3.bp.blogspot.com/-A19nzzDw3Oo/UnGPQ5hnGRI/AAAAAAAAGm4/S2DzRJVYp0s/s1600/trak+racing+terbabas+....png 

lagi la semalam ujan kan..ni pun laki ku yg cite semalam..tup2 pagi tadi kecoh pasal ni.. 

Wednesday, October 30, 2013

4bulan sudah

tetiba teringat eh arini 30 da
arini baby SN da 4bulan da
pagi2 tadi saje je die melambatkan ku g kje..:P

pagi2 die da wat 'projek besar' kat pampers die
terpaksa la tukar dalam keta je
da la pagi tadi lif kat umah lambat
lame betul nak tunggu..
lepas da wat 'projek' tu pastu tetibe muntah susu kat ku
nasib baik sikit je,tapi kena gak la kat baju..sabo je la

alhamdulillah masih berjaya teruskan perjalanan bf
hmm badan die pun da bleh tahan naiknye
cuma sekarang ni badan ni naik ruam
kat area leher,tangan,pipi ngan telinga
bila tengahari je mula la part2 kat badan die naik merah
sekarang tengah cuba lotion ngn barang mandian ni
setakat ni tengok cam ada perubahan skit
harap2 ok la,sian tengok die tergaru2

Video Fizo melamar Mawar Fareeda

nah..kalau korang nak tengok video Fizo melamar mawar
peh naik ducati tu..tapi pinjam moto orang..hehe

http://www.youtube.com/watch?v=h5EA_adFzkU&feature=player_embedded

Tuesday, October 29, 2013

Fizo Omar dan Mawar Fareeda

Pelakon  Fizo Omar telah mengumumkan tarikh perkahwinan bersama anak kepada pengasas tudung Fareeda iaitu Mawar pada 10 November ini.

Perkara itu telah diumumkan pelakon itu pada satu majlis sidang media yang berlangsung pada tengahari tadi di Cathay Cineplexes ECurve yang turut dihadiri Mawar serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

"Majlis akad nikah akan diadakan pada 10 November sehari selepas majlis pertunangan yang akan diadakan di kediaman keluarga perempuan di Country Height," ujarnya.
Majlis itu bakal disiarkan secara langsung oleh TV9 melalui program "Nasi Lemak Kopi O" pada jam 9.00 pagi dan diadakan secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.


Fizo Omar kahwin 10 November depan


Selain itu, sebelum sidang media diadakan Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, itu turut membuat gimik dengan menayangkan video tanpa pengetahuan Mawar, 24, yang tiba-tiba muncul di hadapannya untuk melamar dan memberi bunga kepadanya.

Menurut pengacara "Nasi Lemak Kopi O" itu tujuan beliau membuat gimik itu adalah untuk membuat kelainan supaya boleh dijadikan kenangan terindah buat bakal isterinya itu yang boleh boleh ditonton di channel YouTube selepas dimuat turun nanti.

"Pada saya soal perkahwinan adalah sangat penting dan pembikinan video itu adalah hasil idea saya dan tujuannya untuk menunjukkan rasa kasih dan bertapa istimewanya dia dalam hidup saya"
Pada perkembangan lain, Fizo kini sedang sibuk dengan perniagaan Otai Burger dan bakal menerbit drama terbitannya sendiri serta akan muncul dengan program masakan yang akan disiarkan di TV9.

Saturday, October 26, 2013

Toyota Vios generasi ek 3-2013

peh vios baru
ni kita tengok sampai dalamnye
biase tengok iklan yg kat luar2 je kan

Harga yang ditawarkan pula bermula dari RM73,200.00
  • Vios 1.5 TRD Sportivo (A) ; RM 93,200.00
  • Vios 1.5G (A); RM 88,500.00
  • Vios 1.5E (A) ; RM 82,900.00
  • Vios 1.5J (A) ; RM77,300.00
  • Vios 1.5J (M) ; RM73,200.00

Antara ciri pada lampu depan Toyota Vios ini adalah apabila kenderan yang datang dari arah hadapan, dimana ada satu pelaras menurunkan lampu depan secara manual mengikut kesesuaian dan keperluan memandu jadi ia tidak akan menyebabkan cahaya silau kepada pemandu lain.

Berbeza dengan 2 generasi Toyota Vios yang terdahulu, kini dengan generasi baru panel meter dashboard tidak lagi berada ditengah sebaliknya berada diatas stereng seperti kebanyakan kereta.
 
 
                                                        

‘Smart Entry System & Push Start Button’ yang biasanya ditemui dalam kereta mewah dan moden, kini boleh didapati pada Toyota Vios generasi ke 3 ini, ia menyediakan kemudahan untuk pemandu.
 
 
Untuk keselesaan, model baharu ini lebih panjang 110 milimeter (mm) dan tinggi 15mm berbanding generasi sebelumnya. Walaupun jarak  roda masih kekal sama, Vios 2013 meningkatkan ruang bahu, kepala dan paha untuk keselesaan penumpang.

Terdapat lebih dari 4 tempat penyimpanan yang mudah dan senang digunakan oleh pemandu dan penumpang. Malah rekaan seperti soket mengecas gadget, ruangan menyimpan majalah di belakang tempat duduk penumpang dan pemandu serta tempat meletakkan cawan dan boleh juga digunakan untuk meletakkan duit siling diletakkan berdekatan dengan pemandu memberikan lebih keselesaan.

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Toyota Vios ini boleh terus melayari http://toyota.com.my
 
p/s: peh cantik ar keta baru akak ak tu..patutla die nak amik vios gak
 

Friday, October 25, 2013

sambung cerita pegawai bank ambank

sedihnyer baca...
macam da tau2 je kan



'Abang masih sayang saya?' “Abang masih sayang saya?” Begitu pertanyaan Norazita dan berkali-kali dia mengulang soalan itu menerusi panggilan telefon kepada suaminya sekitar jam 5 petang, kira-kira sejam sebelum dia ditembak mati oleh perompak. “Kemudian saya jawab, ‘abang sayang awak seperti kita mula berkahwin dulu. Tidak pernah berubah kasih sayang abang pada awak,” ucap Irwan dalam nada suara menahan sebak.