Tuesday, June 26, 2012

uniknya..

inovasi betul la..
kat malaysia ade ke eh??

http://www.hmetro.com.my/articles/Empatbangunantinggidiiktirafterbaik/Article

CANGGIH...Menara Al Bahar di Abu Dhabi diiktiraf sebagai bangunan tinggi paling inovatif di dunia.

canggih kan..
sape la arkitek yang wat ni..

TaxiMonger...menarik sangat...

Pengenalan TaxiMonger, satu perkhidmatan pusat panggilan teksi maya yang mengendalikan tempahan teksi secara atas talian menggunakan teknologi telefon pintar Android, kini menjadi kemudahan terbaru kepada orang ramai hasil kecanggihan teknologi.

Pengguna juga boleh membuat tempahan melalui TaxiMonger.com bagi mereka yang tidak mempunyai telefon pintar.


MUDAH...aplikasi TaxiMonger boleh diakses melalui telefon pintar Android.


Pengasas Bersama TaxiMonger, Nizreen Noordin berkata, perkhidmatan itu boleh diguna pakai sesiapa saja yang mempunyai telefon pintar jenis Android memandangkan ia sudah dilancarkan sejak April lalu manakala Februari bagi pelancaran laman webnya.

Katanya, muat turun aplikasi adalah percuma dan tiada bayaran dikenakan untuk mendaftar sebagai ahli.


Nizreen berkata, proses membuat tempahan cukup mudah, malah pengguna akan mendapat maklum balas dalam masa singkat tanpa perlu menunggu lama.


“Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi TaxiMonger di telefon mereka dan mendaftar sebagai ahli berpandukan langkah yang tertera di situ dan secara automatik, pengguna mempunyai akaun TaxiMongernya sendiri.

“Sekiranya hendak membuat tempahan, pelanggan perlu memilih butang tempahan dan memasukkan maklumat seperti lokasi mereka, destinasi dituju, jenis teksi sama ada bajet atau limosin, tarikh, masa serta bilangan penumpang. “Semua maklumat itu akan dihantar terus kepada pemandu teksi yang berada di kawasan berdekatan sebelum menghantar maklum balas untuk mengambil pelanggan terbabit,” katanya yang menjelaskan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi Celcom diwujudkan bagi mengukuhkan perkhidmatan itu.


Menurutnya, nombor pendaftaran teksi yang akan mengambil penumpang terbabit akan dihantar kepada telefon penumpang bagi memudahkan mereka mengenal pasti teksi berkenaan.

“Daripada segi bayaran, pelanggan hanya perlu membayar caj perjalanan bergantung kepada bacaan meter seperti biasa. Ini kerana apabila mereka membuat tempahan, caj RM2 yang dikenakan akan ditolak daripada kredit telefon pengguna melalui akaun TaxiMonger.


“Apabila teksi tiba untuk mengambil pelanggan, mereka tidak akan dikenakan caj tempahan lagi kerana RM2 sudah ditolak sebelum itu,” katanya yang menjelaskan perkara sama turut berlaku bagi tempahan melalui laman web.


Menurutnya, RM1.50 daripada caj RM2 akan diberikan kepada pemandu teksi setiap bulan bergantung berapa banyak tempahan yang diambilnya dan bayaran itu akan dimasukkan ke dalam akaun mereka manakala 50 sen lagi disalur kepada caj perkhidmatan atas talian yang mereka gunakan.


Nizreen berkata, caj RM50 dikenakan kepada pemandu teksi setiap bulan sebagai yuran perkhidmatan TaxiMonger.


Katanya, perkhidmatan itu ketika ini hanya boleh diakses pengguna telefon pintar Android dan pengguna BlackBberry dijangka dapat menikmatinya menjelang Oktober manakala Ogos bagi pengguna iPhone (iOS).


Katanya, bukan hanya tempahan serta-merta boleh dibuat, malah pelanggan juga boleh menempah teksi lebih awal untuk mengelakkan kesulitan pada saat akhir.


Menurutnya, pengguna diberi masa 15 minit untuk menunggu ketibaan teksi selepas membuat tempahan dan sekiranya tidak muncul, mereka diberi pilihan sama ada mahu membatalkan tempahan atau menunggu teksi seterusnya.


Katanya, setakat ini, sambutan diterima cukup menggalakkan, malah empat syarikat teksi sudah menjadi rakan kongsi projek itu dengan mendaftar pemandu teksi mereka sebagai ahli. Empat syarikat itu ialah Saujana Teksi Berhad, SM Cab Sdn Bhd, Zalnas Limosin Sdn Bhd dan Warisan Astana Sdn Bhd.


“Sepanjang lebih empat bulan pengenalan TaxiMonger, dianggarkan lebih 100 pemandu teksi sudah berdaftar dan kami menyasarkan 5,000 pemandu teksi di sekitar Lembah Klang akan menjadi ahli sehingga hujung tahun ini.


“Selain itu, penganjuran hari terbuka untuk pemandu teksi Lembah Klang pada 27 Jun ini, di Anjung Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak diadakan bagi memberi ruang kepada pemandu teksi untuk mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan TaxiMonger,” katanya.


Nizreen berkata, TaxiMonger turut bekerjasama dengan SecQ.me iaitu aplikasi yang boleh diperoleh melalui platform Android dan iOS yang sudah dipatenkan di Malaysia dan seluruh dunia bagi melindungi pemandu dan penumpang daripada menjadi sasaran penjenayah kerana setiap pergerakan akan dirakamkan.


Menurutnya, ketika ini, TaxiMonger hanya ditawarkan kepada pengguna sekitar Lembah Klang, namun ia dijangka diperluaskan di Johor dan Pulau Pinang pada tahun depan.


Wednesday, June 20, 2012

LYNAS

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek LAMP memutuskan projek nadir bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan, boleh dibenarkan beroperasi dengan kawal selia berterusan oleh agensi penguat kuasa.




Bagi tujuan itu, kerajaan dicadang menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan yang dianggotai agensi berkaitan dengan pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) serta pakar bertauliah.
Ia antara 31 syor yang antara lain mengenai aspek keselamatan terhadap pendedahan sinaran, kesihatan awam, pengurusan residu, alam sekitar, memperkasa agensi penguat kuasa dan makluman kepada masyarakat secara berkesan.

Rumusan dan syor berkenaan terkandung dalam laporan jawatankuasa yang dibentangkan pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pengajian Tinggi, di Dewan Rakyat, pagi semalam.

Ia diluluskan selepas dibahaskan lebih enam jam. Ketika perbahasan, berlaku pertikaman lidah antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang mempertahankan hujah masing-masing.

Mengenai pandangan pelbagai pihak bahawa tahap dedahan sinaran berpotensi memudaratkan kesihatan awam seperti meningkatkan bilangan kes berkaitan kanser, pakar kesihatan berpandangan insiden itu pada jangka panjang hanya mungkin boleh berlaku jika pekerja dan masyarakat terdedah kepada jumlah torium yang besar dan di luar kawalan.

p/s: agak-agak da dapat keputusan ni xde lagi la kot perkara berbangkit harap-harapnya..

hmm..KSN yang baru

Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru akan menggunakan pendekatan turun padang bagi mendekati anggota perkhidmatan awam, sekali gus mengeratkan hubungan sesama mereka.





Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di Jabatan Perdana Menteri yang akan menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu juga bertekad meneruskan usaha meningkatkan keupayaan pelaksanaan dasar, projek dan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat.

“Kita akan sama-sama meningkatkan produktiviti supaya rakyat menghargai dan memuji perkhidmatan kerajaan yang ketika ini sudah berada di landasan yang baik,” katanya.

Mohd Sidek akan tamat kontrak perkhidmatannya Sabtu ini, manakala pelantikan Ali yang sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, berkuat kuasa Ahad ini.

Ali, 57, dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Alam Sekitar dan Ekonomi dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.

Beliau dilantik Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Januari 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.
Ali mempunyai pengalaman kerja yang luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri mulai 16 Disember 1997 hingga 21 April 2009 dan Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Trans-formation & Advancement sebelum bertugas sebagai Ketua Pengarah UKAS pada 22 April 2009.

Beliau juga berkata banyak program yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Mohd Sidek akan diteruskan termasuk Strategi Lautan Biru dan Pasukan Petugas khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).

“Saya amat menghargai kepercayaan Perdana Menteri dan akan berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan kakitangan awam. Sistem penyampaian kerajaan akan terus diperkasakan supaya rakyat mendapat manfaat,” katanya.

p/s : org Johor rupenye..hmm..ntah cmne la yer lepas ni..adakah 'dia' makin berkuasa atau sama je..tadi baru terserempak ngn 'dia' kuar lif...

Tuesday, June 5, 2012

2 jun 2012 (sabtu) = 12 rejab 1433

alhamdulillah..majlis 2 jun berjalan lancar..
walaupun pagi tu macam nak ujan..tapi tak gugur jua..;p
syukur sangat walaupun macam2 perkara berlaku..

sebelum tu sebenarnya pada malam khamis 31 mei telah ada kenduri skit..
kenduri tu biasela kat taman ku..tapi ni disekalikan ngan khatam quran..
mula-mula segan ooo..hehe..
wlaupun kenal ngn penduduk kampung..

abang ku lagi la sempat lagi wat lawak lagi..
meh blajo ngn die la..imam muda la sangat..;p
diorg bagi idea 'miming' la..haha..
macam-macam..
masa ku baca tu, memang tunduk je la..sekejap-sekejap je pandang tempat lain..
sebab tau kalau pandang diorang,sure kena kacau nyer..

ari jumaat tu pun da macam-macam kerja wat..sebenarnya dari ari rabu lagi terus da mula kerja..macam-macam la..
dan hingga semalam (Isnin) pun kerja kena setelkan dulu sebelum balik ke putrajaya..
bayangkan la penat berapa ari punye cite tu..hehe

tapi takpe la..syukur semua berjalan lancar..
cuaca pun mengizinkan..
majlis tu merupakan majlis terakhir untuk family ku..hehe

gambar tunggu la yer..lum dapat kumpul semua lagi..
tunGGU..
thanks kat sahabat n kawan-kawan dari sekolah rendah ke politeknik yang sudi hadir..
juga kepada cikgu-cikgu,kepada semua la..
juga kepada lily : http://diarymanja.blogspot.com/2012/06/2-jun-2012.html tulis kat blog..
untuk kawan-kawan yang ikut peta tu..sori sangat tu memang tol pagoh..sebenarnya mana2 boleh ikut jalan..
sori tak dapat layan sangat..memang masa yang singkat..

sebelum ni 4 majlis ku uruskan,tak sangka lak bila majlis sendiri baru rasa camne..hehe
thanks to mak ayah,adik bradik,ipar duai,anak sedara..
walaupun diorang xbaca lagi da..xsmpat nye nk baca kn..tau da..hehe

thnks jugak wat akak timah atas post ni http://mamiko-hait-hait.blogspot.com/2012/06/kawen-dah-adikku-lehasobsob.html - ikut jejak langkah akak ni..;p

n akak fara untuk post ni : http://cikfara2u.blogspot.com/2012/06/tahniah-leha.html - thnks sudi dtg gn gda..kira ontime la dtg,tak lame lepas tu terus sanding..hehe

n 1 lagi utk akak gda atas post ni..http://saranghaehoneylg.blogspot.com/2012/06/melawaat-rakan2-kawen.html
ehem..anum + ahmad cam sesuai je..nak amik borang ke??

tapi sory ea sebab tak dapat layan smua..thnks sbb smpt 'menconteng' kt guest book tu..tu je trsimple trcepat smpat wat...=)
Link