Wednesday, June 26, 2013

Juara Masterchef Selebriti ke 2

Syura dinobatkan sebagai Juara Masterchef Selebriti yg ke 2
Tahniah2x..













syura juara masterchef selebriti2


Selepas 10 minggu 19 selebriti berentap..akhirnye..

syura juara masterchef selebriti2

Thursday, June 20, 2013

IPU Muar bahaya,sekolah diarahkan tutup

Kualiti udara di Muar, Johor memasuki paras bahaya akibat jerebu, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini.





Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 7 pagi tadi mencatatkan angka 331. Bacaan melebihi 301 dianggap berbahaya dan melepasi 201 pula "sangat tidak sihat".

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muar hari ini mengarahkan sekolah ditutup hari ini dan esok.

Johor hari ini paling teruk menghadapi jerebu.

Selain Muar, tempat lain yang mencacatkan bacaan tinggi seperti berikut: Kota Tinggi (211), Pasir Gudang (190) dan Larkin Lama (171)..

wa..teruknyer..

Wednesday, June 19, 2013

Proton Saga SV FLV Harga Rendah mampu milik

Apa yang penting ciri-ciri keselamatan di ambil kira walaupun harganya bermula dari RM33,438 (OTR) untuk model manual dan RM36,888 untuk model auto. Varian 1.3 sahaja dan tiada 1.6. Kini tibalah kereta mampu milik yang dijanjikan oleh Proton untuk semua rakyat Malaysia boleh beli

Dipetik dari Sinar Harian, Proton hari ini melancarkan varian Saga terbarunya, Saga Super Value (SV) dalam menyahut cabaran untuk memperkenalkan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Menurut sumber industri, model terbaru yang dipertingkatkan dari segi keselamatan dan kualiti itu dijual pada harga RM33,438 hingga RM36,888 menunjukkan pengurangan harga sehingga 12 peratus berbanding model Saga sebelum ini.



user posted image

Sementara itu, varian baru Saga itu diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum Proton, Mutiara Damansara, hari ini.

Hisham berkata, Saga SV ditawarkan sebanyak enam warna dan orang ramai boleh membuat tempahan bermula hari ini.

Untuk model Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (solid) dan RM33,888 (metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (solid) dan RM36,888 (metallic).


user posted image

p/s: untunglaa..dapat harga murah..tapi specs die pun dikurangkan..

Indeks Pencemaran Udara terkini


 

 
NEGERI / STATE
KAWASAN/AREA
MASA/TIME
7:00AM
MASA/TIME
11:00AM
MASA/TIME
5:00PM
Johor
Kota Tinggi
137*
138*
#
Johor
Larkin Lama
122*
124*
#
Johor
Muar
133*
157*
#
Johor
Pasir Gudang
148*
149*
#
Kedah
Alor Setar
34*
33*
#
Kelantan
Tanah Merah
71*
72*
#
Melaka
Bandaraya Melaka
148*
160*
#
Melaka
Bukit Rambai
114*
119*
#
Wilayah Persekutuan
Batu Muda,Kuala Lumpur
72*
75*
#
Wilayah Persekutuan
Cheras,Kuala Lumpur
73*
74*
#
Wilayah Persekutuan
Labuan
61*
60*
#
Wilayah Persekutuan
Putrajaya
81*
83*
#
 
Jerebu di Johor agak membimbangkan hari ini.... beberapa tips bagi menghadapi jerebu yang makin memburuk.

- Banyakkan meminum air masak,
- Kurangkan aktiviti luar kalau boleh rehatkan diri di rumah saja ketika cuti,
- Jika anda keluar rumah pastikan memakai penutup mulut bagi mengelakkan kesihatan anda terganggu,
- Elakkan pembakaran secara terbuka di tempat anda.

Tips yang ringkas tapi bermanfaat untuk diri anda.. Berkongsilah dengan semua orang dan jaga diri semua..

p/s: Utamakan kesihatan.