Apa yang
penting ciri-ciri keselamatan di ambil kira walaupun harganya bermula
dari RM33,438 (OTR) untuk model manual dan RM36,888 untuk model auto.
Varian 1.3 sahaja dan tiada 1.6. Kini tibalah kereta mampu milik yang dijanjikan oleh Proton untuk semua rakyat Malaysia boleh beli
Dipetik dari Sinar Harian, Proton hari ini melancarkan varian Saga terbarunya, Saga Super Value (SV) dalam menyahut cabaran untuk memperkenalkan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
Menurut sumber
industri, model terbaru yang dipertingkatkan dari segi keselamatan dan
kualiti itu dijual pada harga RM33,438 hingga RM36,888 menunjukkan
pengurangan harga sehingga 12 peratus berbanding model Saga sebelum ini.
Sementara itu,
varian baru Saga itu diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton
Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum Proton, Mutiara Damansara,
hari ini.
Hisham berkata, Saga SV ditawarkan sebanyak enam warna dan orang ramai boleh membuat tempahan bermula hari ini.
Untuk model
Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (solid) dan RM33,888
(metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (solid) dan RM36,888
(metallic).
No comments:
Post a Comment