Thursday, December 20, 2012

minta idea

korang..
ape tajuk yang sesuai ea untuk wat sesi perkongsian ilmu
kalau boleh sekali ngan power point,
atau power point yang berkaitan
xyah lama-lama presentation jap je pun boleh



kalau korang ade idea power point yang menarik pun boleh..
hmm..takde idea la

Wednesday, December 19, 2012

keputusan PMR harini

Tahniah yer semua kepada semua pelajar PMR yang telah mengambil keputusan arini
tak kisah la keputusan tu camne pun ye
usaha lagi lebih baik di masa akan datang
SPM terutamanya



untuk yang mendapat keputusan baik, pakej untuk anda
untuk yang kurang baik ada bidang lain untuk anda,jangan risau

syabas kepada yang mendapat keputusan penuh
terutama sepupu husband yg dapat straight A's
alhamdulillah die memang bijak pun..


Tarikh Keputusan PMR 2012 Keputusan PMR 2012 Online @ SMS Pada 19 Disember 2012 (Hari Rabu Ini)?

Friday, December 14, 2012

harimau malaya putih mata

keputusan semalam AFF Piala Suzuki 2012
thailand 2-0 dengan agregat 3-1 lawan ngan malaysia
bertemu Singapura pada final timbal balik, 19 dan 22 Disember ini. 

Gol pertama Thailand hadir pada minit ke-60 selepas Teerasil
selang empat minit je, Thailand menambah gol kedua..cepat giler kan..

memang hangin je tengok bola semalam
pastu baca kat fb pun smua  update status pasal bola

mana tak nye reff wat hal, Lee Minhu dari Korea Selatan
suka-suka je bagi kad merah kat fadhli shas sekelip mata
standard la tu bergaduh ngan pemain lawan




pastu pemain nya pun main kasar
tu belum padang lawan lagi..
da la padang yg disediakan untuk pemain kte pun tahap ape ntah

eh macam-macam la

semalam tengok bola macam tengok ape
laki ku balik lambat semalam,die dengar je la ape ku cite
tapi die dapat la tengok sikit 
sampai ku cakap,macam tengok ape tau..asyik nak marah je..


Datuk K kemalangan

terkejut giler bila baca..
semalam lagi da tau
tapi tadi baca paper.

Keadaan suami Siti tidak begitu membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil. Cuma, dia mengalami kecederaan akibat patah bahu, tangan dan kaki. Doakan semoga suami Siti cepat pulih,” katanya yang akan berlepas ke New Zealand hari ini untuk bersama-sama Khalid, dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa.


 Siti Nurhaliza dan suami, Khalid Mohd Jiwa.

Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, terbabit dalam kemalangan sewaktu menunggang motosikal berkuasa tinggi di New Zealand.

Lantas, keputusan nekad harus dibuat dan Siti akhirnya memilih untuk melupakan hasrat meneruskan siri akhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang. Dia memutuskan untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Wednesday, December 12, 2012

ex penyimpan mohor besar kembali ke rahmatullah




Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam semalam.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11.00 pagi hari ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.




Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. Lama beliau berkhidmatkan umumkan puasa n raya. 

Setiap kali tengok muka beliau je,ar tau da..hehe..Takziah kepada ahli keluarga beliau dan Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.

Tapi sekarang dengar nya dah ada penyimpan mohor besar raja-raja yang baru. Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66.macam ada persamaan ja.pattern dan gaya lebih kurang.. ;)



121212

Apakah sebenarnya keistimewaan atau yang menarik mengenai tarikh 12.12.12? Selain berpendapat, digit yang cantik ada juga menganggapnya angka bertuah tetapi ada pula melihat ia sekadar nombor, apabila dibilang akan sampailah pada angka itu.

Tarikh hanya pengukuran peredaran masa atau jika berpandukan pada kalendar, angka tercatat hanya penanda peredaran masa. Dalam kata lain, tarikh adalah jumlah peredaran masa. Susunan tarikh dimulakan dengan bilangan hari diikuti dengan bilangan bulan dan diakhiri dengan bilangan tahun. 

Menurut perspektif Islam, tiada hari atau angka dianggap bertuah atau sial, sebaliknya semua dianggap sama. Begitu jugalah dengan angka atau tarikh 12.12.12.

 

Jangan ingin mencatatkan sejarah dan keistimewaan dalam hidup serta semata-mata untuk mendapatkan tarikh diidamkan, individu mengabaikan perkara lain termasuk menyusahkan orang lain untuk datang ke majlis diadakan atau sanggup mengubah perkara yang mungkin lebih penting dilakukan pada hari itu.

Mengingatkan angka dan kehidupan seseorang termasuk kebahagiaan rumah tangga, tuah dan tiada kaitan dalam mencorak kehidupan seseorang.

Tegasnya, angka atau tarikh yang cantik dan dianggap istimewa hanya sekadar persepsi asas. Ini bermakna, angka tetap angka manakala kebaikan atau keburukan dibawa tiada kaitan dalam kehidupan seseorang, sebaliknya bergantung kepada empunya diri untuk mencorakkannya.=)

AFF

ade ke camni diorang wat kite..
ish2 xadil betul la..

 Skuad negara terpaksa
menjalani latihan
ringan di atas padang
yang ditakungi air di Stadium Express-way semalam.






Pihak pengurusan pasukan kebangsaan membuat aduan kepada penganjur Piala Suzuki, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) serta tuan rumah, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengenai keadaan padang latihan Harimau Malaya, yang didapati becak dan layak dipanggil bendang.

“Saya sudah buat aduan kepada pihak penganjur dan FAT. Harap esok (hari ini) dapat padang lebih elok. Tapi anggap ini semua dugaan untuk berjaya,” kata pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal ketika ditemui pada sesi latihan Harimau Malaya di padang Jaran Buraprat, kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan skuad negara, petang semalam.

Biarpun lokasinya hanya satu kilometer dari hotel Golden Tulip Sovereign, keadaan padang Jaran Buraprat itu sepatutnya tidak layak dijadikan padang latihan untuk kejohanan tertinggi peringkat Asia Tenggara itu.

“Kami amat kecewa dengan padang yang macam bendang padi, tempat pemain salin pakaian pun tiada, jaring gol koyak rabak dan orang awam boleh tengok secara terbuka. Jika di Malaysia, main peringkat kampung pun tidak seperti tahap ini.

Ditanya adakah ini salah satu taktik atau strategi Thailand untuk melunturkan semangat juang Harimau Malaya, Subahan berkata: "Saya tak tahu. Apa pun, yang berlaku ini tidak menunjukkan semangat kesukanan. Patut layanan lebih baik dan kita sudah rugi sehari tidak dapat menjalani latihan penuh."

Friday, December 7, 2012

hrmis oh hrmis

alhamdullillah berjaya menyetelkan hrmis bos
ku tau tu kerja ku

tapi klau die sbuk nak sangat wat
ingatkan die nak terus wat semua
sebab die yg excited sgt wat benda ni
akhirnye die lepaskan tangan die gak kat ku..hmm

tup-tup pagi tadi dalam kul 9lbih die bagi kat ku suh setelkan
padahal 1minggu yang lepas ku da tanye
ari isnin ngn selasa tanye lagi

berkat matematik yg xseberapa ni ngn bantuan penyelamat ku
thanks byk2 cik..=)
alhamdulillah selama 4 jam mengadap tanpa berhenti
diselangi ngn kat fb :P
akhirnye berjaya jugak setel wat semua

cuma..yg masih ku marah lagi..kenapa masih ada yang kat deraf lagi
sedangkan ku da 'kejar' pegawai ni dari sebelum-sebelum ni..
dan harini merupakan deaadline nyer..

perlu kah ku tinggalkan keje lagi pada dia..
td tengahari die sedap2 tdo
sdangkan tengahari tadi ku bertungkus lumus wat

da setel baru ku g cari makan..
ish..bedebah punye die

tadi lagi la,mmg masa cakap ngan die
memang da tinggi suara da
mau tak..bagi arahan xlengkap
sabo2x..dugaan tul la..

Thursday, December 6, 2012

kamera AES

Kerajaan Selangor semalam memutuskan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di negeri itu ditutup mulai esok.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas Kementerian Pengangkutan tidak memberi maklum balas terhadap surat dihantar pihak berkuasa tempatan menuntut kementerian itu mematuhi prosedur pemasangannya.

“Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPS) sudah menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan tetapi mereka tidak menghiraukannya.




“Kami sudah selesai fasa pertama iaitu menulis surat, dan selepas ini akan menutup kamera itu supaya ia tidak berfungsi dan jika masih tiada permohonan pembangunan dihantar kementerian dalam masa 14 hari, kami akan membuat keputusan lain, termasuk kemungkinan menanggalkan kamera berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan watikah pelantikan ketua kampung kepada lebih 400 pemimpin tempatan di sini, semalam.

Terdahulu, EXCO Kerajaan Negeri, Ronnie Liu, berkata kamera yang mengesan kesalahan lalu lintas pengguna jalan raya itu yang dipasang di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara-Selatan akan ditanggalkan, esok.

Katanya, keputusan menanggalkan kamera itu kerana kata dua yang diberikan kepada kontraktor AES untuk berbuat demikian dalam tempoh dua minggu, sudah pun berakhir.
Katanya, kerajaan negeri menganggap pemasangan kamera itu sebagai binaan haram kerana kontraktor gagal memohon mendapatkan kebenaran arahan pembangunan.

Bagaimanapun, Liu yang turut hadir pada sidang akhbar bersama Khalid berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk menyemak semula keputusan berkenaan.

“Kami memutuskan untuk mengubah strategi. Kami akan menutup kamera itu pada jam 2.30 petang, Jumaat ini. Saya sendiri akan berada di sana bagi memantaunya,” katanya.

p/s: yang lain camne pulak..hehe

mulut orang

hmm..ingatkan  da lame xdengar orang cite pasal diriku, da xde lagi orang nk bercite..
tapi rupe2nya sampai bile2 diorang tetap akan bercite..
tu la orang kata...mulut orang kan..
memang xleh nak tutup..

jadi terima je la..


ku xkisah kalau nak gtau ape-ape cita kat kawan-kawan..
tapi kat opis,memang xla kot..

tapi xtau kenapa..bila da duk sini..
da tau sndiri da..asam garam camne..pahit manis camne..
memang xsuka segala cerita peribadi ku diambil tau oleh staf-staf
xtau camne nak buang sifat ni.
tapi automatik sifat ni ada..

sekelip mata jer hal tentang diriku ni akan tersebar
mungkin sebab kat opis takde sorang pun yang leh ku percaya betul-betul kot
tu yg menyebabkan perasaan tu datang

lagipun kat opis ni selalu sangat  dengar diorang bercita
pasal pengalaman diorang camne 'kena'..
jadi faham-faham sendiri je la

kalau ade pun kat opis ni..cuma temapat untuk meluahkan perasaan yang sama-sama 'rasa' n luahakn ketidakpuasan hati diorang..
camne ku xnak dengar da diorang nak cite kat diriku
mungkin diorang percaya n sambil wat keje kat tempat ku diorang akan bercite

kiranya ku ni leh dipercayai la kan..hahaha

p/s: selagi leh bersabar kan..hmm..

Monday, December 3, 2012

berita terkini



Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja berikutan kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata, tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang juga Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.



Pada 26 November lalu, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan supaya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.

Pada 14 November lalu Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini pada 2.18 pagi hari sama.

p/s: sebelum ni da taip sikit pasal ni..tapi ade je dalam draf tu..xtau nak cakap ape..
xpela,ni untuk pengetahuan jer...

Saturday, December 1, 2012

Bola vs masterchef










Menang suda..
2-0..lepas ni lawan thailand la pulak

*yang atas edited..

Konpem malam ni ramai yg tengok bola malaysia - indonesia..kat bukit jalil pun penuh,hampir 70k..

Setakat separuh masa 1 je da 2 gol dari malaysia..samaada malaysia kekalkan gol atau tambah gol..indon plak cuma perlukan seri..

Automatik malaysia menang je malam ni terus masuk separuh akhir AFF la..

Pastu konpem lepas abis bola smua tengok masterchef la..harap2 xtertido la..hehe

Maklum la,lambat sangat kan..sanggup bagi laluan kat bola dulu..yela kalau x,sape nak tengok kan..da la malam ni final:P
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Thursday, November 22, 2012

kahwin usia 13 tahun

camni pun ade yer..

Pengantin budak


KULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.

Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.

Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.

Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.

Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.

“Hanya Allah tahu perasaan saya... walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.

“Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,” katanya.

Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.

Tuesday, November 20, 2012

AKEPT

saje nak upload gambo
yang orang lain amik..tapi teramik gambo ku jugak..
hehehe

ni last event kt AKEPT aritu..
yg tangga tu..tu la stage dewannya..kecik je kan..
ingat kan la besar..





gmbo lain kat hp, malas nak transfer..boleh x camtu..;p

donia artis

hmm..ramai memperkatakan tentang ni..

bagi korang,camne pulak..




               

hmm..bagi aku,rezeki allah..

Wednesday, November 7, 2012

Johor

tiba-tiba rasa nak tulis pasal johor lak..
padahal tengah bz ni
sebab tadi ttiba terbaca ada kat sebuah blog, tu yang terus teringin nak wat gak..=P

Dahulu negeri Johor ni ada 8 daerah sahaja, tetapi sekarang ni 2 daerah telah ditubuhkan..
Antara daerah-daerah negeri Johor adalah:





1. Johor Bahru (Ibu negeri Johor)
2. Pontian
3. Kota Tinggi
4. Kluang
5. Batu Pahat
6. Mersing
7. Segamat
8. Muar
9. Ledang (daerah baru)
10. Kulaijaya (daerah baru)

ni antara bahasa-bahasa orang Johor selalu gunakan

Anu
Merujuk kepada orang/subjek yang dibualkan.. Atau dikenali sebagai "sipulan"..
Contoh : "Si anu tu bila nak datang?"

Bak
Bawa atau beri..
Contoh : "Bak sini gunting tu"

Bubuh
Merujuk kepada perbuatan meletakkan..
Contoh : "Bubuh garam sedikit"
 
Ekk?
Tanda tanya lebih kurang seperti "ye ke?" atau "eah?"
Selalu kita jumpa di akhir ayat yang orang tu cakap..
Contoh : "Orang tu gila ekk..?"

Epok-epok
Kuih yang kita selalunya kenal sebagai karipap..
(sama jer sebenarnya.. cuma orang Johor panggil epok-epok..)

Gebar/Gebor(Johorean selalu cakap ada O O gitu lah..)
Merujuk kepada selimut..

Gerobok
Tempat menyimpan baju atau almari..

Jerang
Perbuatan memasak air..
Contoh : "Pergi jerang air buat kopi"

Karang
Merujuk kepada perkataan 'nanti'
Contoh : "Karanglah orang buat"
(Orang Johor mengguna perkataan orang sebagai kata ganti diri 'saya')
 
Meh
Merujuk kepada perkataan "mari"..
Contoh : "Meh sini"

Terple'ot
Macam terkehel juga lah..
Contoh : "Kaki kau terple'ot ekk?"

Rewang
Gotong royong mengerjakan sesuatu majlis atau kenduri..

Saing
Perbuatan yang dilakukan bersama-sama..
Contoh : "Kita balik saing nak?"

Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat bahasa orang Johor ni..tapi ni antara yang selalu digunakan..
kadang-kadang bercakap ngan negeri orang lain terutama negeri selangor ni leh bergaduh la..dua-dua nak cakap ayat masing-masing betul..hehe

AKEPT


Majlis Pelancaran Jurnal Cream & Buku Kajian Dasar Serta Seminar Hasil Penyelidikan KPT Siri 2/2012

Program kali ni berada di AKEPT pulak, berlangsung selama 2 hari..
8 dan 9 November ni..
kerja ku macam biasa la kan..
ntah bila la nak retired 'keje' tu..

Jadi ikut je la arahan yer
walau pun kerja last minit..
telinga ku selalu dengar luahan hati diorang-diorang ni..
dari ke fax, email, folow up..semua2 la..
sian yer..camtu la ktorang selalu sangat wat benda last minit
tak kira la dari meting ke bengkel ke seminar ke macam-macam la..

bukan diorang je kena,
ngan ku sekali pun terlibat dapat kerja last minit.
tagging VIP..
malam semalam dapat email,terkejar-kejar la pagi ni nak wat..
da la jap lagi ada rehearsal da kat sana
nasib kerja ku setel da..
cuma nak tolong diorang jer untuk paper bag

rasanya kena tukar nama bahagian ni..
da tak berapa nak transformasi da...=P

Samsung ATIV Smart PC

Peh canggihnya..
sebelum ni pernah nampak acer boleh dipisahkan papan kekunci ngn skrin..
kali ni samsung lak mengikut jejak langkah

pix_gal0

Ia merupakan komputer peribadi (PC) ATIV Smart PC yang digerakkan sistem operasi terkini, Windows 8 dan pemprosesan Intel Core i5 generasi ketiga.

Digelar PC pintar, kerana menggabungkan kuasa pemprosesan yang terdapat pada PC, dan pada masa sama menawarkan kemudahan sama seperti peranti mudah alih.

Model ini juga dilengkapi sistem ‘docking’ papan kekunci boleh dipisahkan yang membolehkan pengguna beralih penggunaan daripada komputer notebook kepada fungsi tablet. Sama seperti Acer tu la..

Ia juga didatangkan dengan skrin definisi tinggi (HD) 11.6 inci dalam dua varian. ATIV Smart PC menggunakan prosesor Intel Atom Z2760 dengan penyimpanan 64GB SSD ditawarkan pada harga runcit RM2,499 seunit, manakala ATIV Smart PC Pro digerakkan prosesor Intel Core i5 3317U generasi ketiga dengan penyimpanan 128GB SSD dijual pada harga RM3,599 seunit.

Tapi harganya wah..
tapi tengok jela kan..

sebab yang Acer tu pun tengok bos punye je..=P
pastu aritu die tukar samsung gak..tab kot..
ntah la..tak terikut dah gadjet2 ni semua
cepat sangat keluar baru..

Wednesday, October 31, 2012

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan

kat event sambutan bulan bahasa tu ade gak cabutan bertuah..
mula-mula semua cam malas je nak cari no tu
tapi da petang tu saje ar try..
mula-mula tak jumpe..
bile orang lain da jumpe,tanye camne diorang jumpe kan
tengah-tengah borak sambil tangan berjalan mencari
tup-tup jumpe..hehe

ni la no bertuah yang ktorang jumpe


sekali da penat-penat cari,diorang ubah lak cara cabutan bertuah
memang sakit ati je ar
penat tau ktorang cari
hahahaha.tapi best ar..

benda ni mula-mula untuk gimik sambutan bulan bahasa tu gak
tapi last minit tak jadi
membazir oo..
patut nye plan la betul-betul..
ish JPP ni saje tau pembaziran



pada event tu gak ada pelancaran 100 judul buku ilmiah terbitan IPTA
masa slot wacana tu ada pelajar IPT yang tanya pasal penggunaan bahasa saya..
bagaimana untuk menyebutnya
bila difirkan semula betul juga

yela..ejaan nya saya..tapi zaman sekarang sebutan nye jadi saye..
arr..camne tu...;p
jadi :   "Martabatkan Bahasa Kebangsaan Kita"

p/s: tapi sebelum korang cakap ape-ape,bahasa ku gak tunggang terbalik..hahahha

macam-macam aktiviti ada



berderet-deret program bulan ni..
semalam yang ni...aritu program inovasi..bulan depan pelancaran inovasi termasuk bank idea tu..



Roslan Madun yang terkenal dalam memperjuangkan lagu-lagu rakyat juga tidak kurang hebatnya. Beliau hebat dalam gurindam, syair, seloka dan nazam. semalam beliau ada la..

Semalam ada gak wacana atau forum berlangsung..agak menarik gak laa..antara usaha yang dicadangkan dengan menempatkan pegawai bahasa yang berkelayakan di setiap kementerian bukan sahaja pegawai media seperti yang sedia ada. Lagi satu, sape ntah prof tu yang mencadangkan agar menteri-menteri tidak cakap salah bikin..ala lebih kurang macam janji ditepati tu laa..;p

tapi yang tak leh tahan tu..
semalam ade peserta gurindam/syair..
dari bahagian ktorang, 2 grup..
salah satu grup dari *tut*....
dengan suara ke lautnya,tempoh, rentak camne ntah..

ku masa tu tengah edar borang leh tergelak tengok..
ingatkan geng2 ktorang je yang sedar hal tu..
tup-tup bahagian lain pun 'kutuk' baikk punyer *tut* tuu..
pegawai dalam grup die tu,hangin jer...hahaha
terus laju je salin baju..

pastu tengok muka pegawai tu ngan status fb die..
memang menampakkan die malu ngan kejadian tuu...
hehehehe..macam-macam..tu la tak berapa nak ready sangat kann..

arini yang ni lak...
tapi yang ni cuma melibatkan pekerja sambilan harian, kontrak dan pelajar latihan industri



kadang-kadang terfikir ni bahagian ape ni
bahagian wat aktiviti-aktiviti besar kot..
minggu depan lak bengkel jurnal..

Halloween

korang da bukak google frontpage..
try ar,click kat pintu ngan bentuk halloween tu..
nampak sangat pagi2 takde keje..
tapi pastikan sound ade laa..
hehehehe


Halloween atau Hallowe’en adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober, dan terutama dirayakan di Amerika Syarikat. Halloween dirayakan anak-anak dengan memakai kostum seram, dan mengelilingi dari pintu ke pintu rumah tetangga meminta coklat sambil berkata "Trick or treat!" Ucapan tersebut adalah semacam "ancaman".

Halloween identiti dengan syaitan, penyihir, hantu goblin dan makhluk-makhluk menyeramkan dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghias rumah dan pusat perbelanjaan dengan simbol-simbol Halloween.
Simbol Halloween secara universal adalah labu yang diukir membentuk wajah "menyeramkan" yang disebut Jack-o'-lantern. Di dalam Jack-o'-lantern biasanya diletakkan lilin menyala atau lampu agar terlihat lebih seram di tempat gelap.

HalloweenHallowe'en

Di Amerika Serikat, Jack-o'-lantern sering diletakkan di depan pintu masuk rumah sesudah hari mulai gelap. Tradisi mengukir Jack-o'-lantern berasal dari Amerika Utara yang banyak menghasilkan labu berukuran besar.

Wednesday, October 17, 2012

Bank Idea

ni keja bahagian ktorang
sukar x sukar la kan

Inovasi@MOHE : Bank Idea KPT


mase mula2 nampak poster ni kat lif
ak ckp kt pa 1org lg tu
kak..no akak kt stu
die macam xpcaye
yela,bukan keje ktorang kan

kalau la ada orang kol tanye ape2
konpem refer kat pegawai nye
hehehe
sebab senang je pegawai tu link ngn bos die...;p

p/s: saje je nak share..hehe


Konvensyen Inovatif dan Kreatif (KIK)

bulan oktober bulan inovasi
memang tiap2 tahun camtu
masuk ni da kali ke 5 Konvensyen Inovatif dan KreatiF (KIK) di KPT berjalan..

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif KPT





kali ni 16 grup join..
wa..banyak tu..bagus2 banyak penyertaan

grup p&p cam biase kena masuk gak
walaupun persiapan di saat akhir
grup ktorang gilirannye esok..gliran yg ke 13
grup kali ni banyak perubahan berlaku
sebab da selalu 'pakai' benda yang sama

kali ni cuma 1 slide jer..hehe
tadi cuma tengok grup yg 1st jer dari education malaysia
tajuk menarik..persembahan pun ok..
sekarang siap ade montaj da n menggunakan 2 slide
wa..da macam grup ktorang sebelum ni
bagus2..
cuma..ade la silap2 skit..
termasuk la terlebih masa n misi visi kena cek gak..

xpe,ktorang ubah daa..
nanti korang lak amik ilmu tu ea..hehe
 





Tuesday, October 16, 2012

harap2 ada perubahan yang berlaku

harap2 setel la yang pasal semalam tu..
ku da cakap ngn bos tadi pasal LNPT tu
die angguk pastu die tanye ku gred brp
ku cakap la a'ah same gred ngn EO

die cakap ok..

emm..sabo jer la
harap2 ok die tu,die ubah la kan
klau xubah gak,memang kena 'sound' lagi la nampaknyer

n harap2 cuma die sorang je yg nilai
xperlu la sampai 2 org nak nilai

pagi tadi duk borak pasal ni lagi
sambung dari cte semalam
mesti la xpuas ati kan...

yg PA sorg lagi tu pun da cakap ngn bos die
yg PA sorg lagi tu je xberapa nak berani cakap ngn bos die..hehe

nampak sangat kan kehadiran PA2 ni macam budak2 jer
ramai ingat yg ktorang ni semua cam PT

tapi kalau ak, memang ak rasa diorang nampak ak macam kuli jer
tadi selamba je ak cakap mase borak2 pasal ni
a'ah sy kat sni memang PT merangkap PAP sekali..hmm..


Monday, October 15, 2012

dugaann

mmg kt opis ni i kuli pun..17 jer..mmg xde org sdar pun..hmm..tp xksh pun, yg pnting sndiri sdar kte cmne..bru tau td, leh lak ade la skian2 bos ni yg xtau..nsib baik la cc hang tu gtau kt ak..lg 1, si tett da ubh kt hrmis..laju je bab nk mjatuhkan org ni..ish2 ape nk jd la arini..hmm..dugaan tul la..konpem kna tnye cte slanjutnya kt cc ni..ni nk amik kata2 abg ak ni,doa2 org traniaya ni sllunya trmakbul..hrp2 la kn..eh,knp arini status mcm byk style cmni je eh..

kopipes dari fb..memang xtau nak cakap ape daa...
cc ku gtau kt bos lame pasal kes ak ngn kes pa die skrg
bos lame ak leh xtau yg PA da naik gred
tu xksh laa xheran sangat pun

yang kisahnye..
EO ak trus ubah kat hrmis tentang penilai
cc ak da maklum kan kat sumber, n diorang cakap yang benda tu memang xleh ubah
tapi die da ubah
hmmm...

ilang mOOd pagi senin

pagi2 tengok email da rasa nak marah..
ape cte lak kan
ttbe LNPT PA EO nak nilai
besar sangat ke gred die
gred pun same gn PA

kt bahagian ku ade 3 orang PA, termasuk ku
tapi kat lampiran cuma ktorang ber 2 yg dinilai oleh die
ape cer lak kan
memang yg 1 org tu geng die
kalau tanye konpem die cakap ala tersilap

memang terus ku ngan PA sorang lagi jumpe cc bahagian
mane adil camni
ktorang xlink keje ngn die pun
tup2 die lak nak bagi markah

memang aritu ade bos minta nak ubah cara nak bagi LNPT
tapi tak melibatkan PA
tup2 kali ni kat email, mlibatkan la
memang pagi2 isnin da menyebabkan kemarahan orang

konpem effect nyer klau die terlibat dalam bagi markah
terus xde mud nak isi borang
skarang tengah tunggu sumber bagi keputusan ape

nak cakap ngn bos sndiri,die mmanjang je meting
xpernah dengar lagi la PA orang lain nilai

ni cc gtau kt ku
bos ku tanye kt EO kalau die nak bagi markah
EO ku leh cakap sy xkisah kalau diorang setuju
eh, agak2 la ko pun da lame keje,msti tau carta alir LNPT camne..
walaupun lebih kurang ku je die keje
senang2 je die nak bagi

lagi2 EO yang ade 'kaki cucuk'
konpem nye markah tu berubah

harap2 la ade prubahan berlaku
xsanggup kalau camni oo..huhu

Monday, October 8, 2012

opis

kenapa bila balik teambuilding je mesti lenguh2,sakit2 badan, penat..
tu nampak sangat x exercise kan..hehehe

pastu leh lak pagi tadi ujan..
peh,nasib baik fikir ari isnin..
kalau x,da sambung tdo da
da la badan memang lenguh2 lagi..

padahal semalam EO ak siap pesan lagi
jangan EL esok yer
tup2 die yang MC tadi..ape cer kan..;p

pdahal semalam da 'hint' bos pasal arini..
tp die senyum je..mksudnye die xbg la kan..
xpelaa.

bos suka sebab staf ramai datang arini..
die kata ade 1 bahagian tu,lps teambuilding,ramai gler xmsuk opis..
hahaha..sy fhm prasan diorg bos..;p

ngantuk2, lenguh2 ni datang opis lagi.
tapi trpaksa kurangkan berjalan sebab lenguh lagi..hahaha
aktiviti luar best laa..
aktiviti kat dewan cam biase je pun..

tapi dari teambuilding tu,kenal la serba sikit staf camne kan..
kte tgok berjaya ke x hasil dari sana nnt
adakah leh bersatu atau x..jeng3x..;p


Wednesday, October 3, 2012

cukup menguji tul laa..

huhh..
kenapa arini ari yang memenatkan n memeningkan..
cukup bersabar ku arini..
cuma tadi je hilang sabar jap..

ade la 1org ni..org luar dari ****
die nak kan keputusan bos leh ke x program die tu..kat melaka lak tu..
die kol ku dari ari isnin..
ari isnin aritu memang ku sepanjang ari meting..
ari selasa kol ku marah2 sebab xangkat kol..
pastu ku suh email jer..

pastu pagi tadi, kol lagi nak tanye keputusan bos ku..
sdangkan mase die kol tadi, bos ku tgh join seminar bajet..
tu lum amik kire semalam bos meting kat luar sampai petang
jadi bilakah masa nye die nak tengok email ke surat ke
ye,email die tengok..cuma xamik tindakan jer..

tadi org tu kol, marah2 ku tnye kenapa tak jawab lagi..
ku cakap ku xleh senang2 bagi keputusan,.kena tunggu bos..
die cakap sy nk keputusan sekarang ni..pengarah sy da tnye..
banyak kali ku mengelak,tapi tak berjaya..
last skali ku cakap, ok keputusan nye bos ade meting ari kejadian xdpt join..
pastu die terkejut..die tanye ni keputusan sape ni..
sampai ku terpaksa cakap..tu keputusan sy..da encik nak sangat jawapan sekarang kan..
sy jwb tu la..
memang terdiam la orang tu..
terus die nak mintak no hp bos..
mane leh ssenang nak bagi kan..lagi2 orang luar..
ku cakap die tengah meting..die cakap xpe,sy sms..
korang msti da tau kputusan ape ku nk cakap kan..
last2 ku cakap,xpe nanti kalau ade keputusan sy akan kol..
salah ke ku cakap camtu..

ye,mungkin salah..sebab ku tertinggi suara ngn die..
tapi da banyak kali kot die kol..dan dalam masa yg singkat.
die ingat ape..bahagian ni surat setakat 2-3 helai jer..
hmm...

bukan la sebelum ni xpernah mengalami keadaan camtu..
tapi ntah la arini kenapa ntah..

tu lum asyik dapat arahan je dari orang atas meting tu,interview ni suh bos g..
da diari berubah..tu xpela,da biase.

yg 1 hal lagi..pasal KIK..
suka2 jer nak masukkan nama lagi..
walaupun sebagai ahli sokongan..
kena gak terlibat..
eh,ku rase staf kat bahagian ni cukup ramai da..
kenapa mesti nama ku gak terbabit..
tapi kali ni ku try wat dek jer untuk arini..
xtau la ari lain..
eh,penat la taip..xsedar lak tertaip panjang...;p

Friday, September 28, 2012

idea2x

hmm..ktorang berusaha untuk mengelak..
tapi tak berapa nak berjaya gak..
korang..korang ade idea tak..
nak wat tajuk ape eh sesi perkongsian ilmu..

sebelum ni kat bahagian ak mmg ade sesi tu..
tapi pegawai je..
tapi sekarang ni melibatkan staf sokongan la..
sgan oo..
da la tak tau nak cakap ape
lagi depan staf yang macam tu..;p
da la staf ramai..

sila bagi idea korang..
tapi ktorang try gak untuk mengelak
cuma bos je la da dapat arahan dari atas
jadi bhgian ktorang yg jadi mangsa..
sebab bhgian ktorang ni memang ape2 pun,konpem yg pertama kna wat dlu.huhu.

Thursday, September 27, 2012

samurai burger

korang..
best ke eh??
baru dengar..xtau la best ke x...

abg ipar ku kata da lame da burger ni..
tapi ku xtau pun..hehe
bmusim la kot kn..



google





google da 14 tahun da umur die..hehe
da rumaja da die kan..
tu la kek google name die..;p

Tuesday, September 25, 2012

cannot view blog

huhu..kenapa ngan blog ni..
xleh view blog utama
bila bukak terus direct ke jentayu..
camne mau wat ni..

da berapa ari tak leh bukak blog..
apekah jalan penyelesaiannye
sape tau ea..

Wednesday, September 19, 2012

Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Konvensyen KIK Peringkat Wilayah Persekutuan 2012 : Go Beyond Boleh!

arini la hari nye..
gliran ktorang kul 12.30 - 1.00 tgh..
tema group kali ni ungu..
ada 11 group dari pengurusan dan 4/5 dari teknikal...
smoga smuanye berjalan lancar..
baik dari sgi montaj, slide srta slari dgn pmbaca skrip n mnjawab soalan..=)




Tuesday, September 11, 2012

UPSR

arini UPSR oo..
dari 11-13 September..
xsangka tahun ni anak sdare ku mnduduki exam tu da..
da bsar da die..



anak sdare ku tu skolah cina..
cabaran makin hebat..
sbb anak melayu xramai kat situ..
da la tu paper pun 7..

die bukan saja kena compete ngn pelajar melayu yang ada..
malah turut compete ngn pelajar cina..
fuhh..

ni paper die :
1)Bahasa Melayu (Pemahaman)
2) Bahasa Melayu (Penulisan)
3) Bahasa Ingeris
4) Bahasa Cina (Pemahaman)
5) Bahasa Cina (Penulisan)
6) Matematik
7) Sains


smoga ape yg ditarget tu tercapai la yer..
tak kisah pun keputusan berapa,yg penting lulus
xsemestinya berjaya dalam exam, akan berjaya dalam kehidupan...
tapi kalau berjaya dalam exam..tu bonus untuk die..=)

Thursday, September 6, 2012

pening..bingung...konpius..tak tau

wa..bsar-besaran tul karnival dan seminar pembelajaran sepanjang hayat (PSH) ..
peringkat nasional la katakan..
harap-harap tercapai la target orang datang tu..

ramai prof ngn dato' dari bidang motivasi termasuk yang dari bidang lain (radio,tv) dijemput.
tapi tu la
tengah bingung ni..

hmm..kenapa la minggu tu banyak sangat event..
camne nak g..

dari konvensyen kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) ke konvo adik ipar ke PSH ke konsert anak sedare lak..
hmm..camne nak g..semua tarikh dekat..
18-23 september pack sangat..

leh ke kalau x g PSH tu..
yang konsert tu xpe la kot kalau xg..
walaupun abg ku ade mintak tolong sikit..

yang KIK pun harap2 la group ktorang cabut undi dapat tarikh 19hb..
kalau konvo adik ipar kat area universiti kat sni je, leh la lari2 kat PWTC tu..
ni kat penang sana..
camne ni..

da la ujung minggu ni bengkel KIK la..
tak dapat bermarhaban kat kg, kat taman tu..

ish,kenapa la banyak sangat bertembung semua ni..
pening laa..
malas nak fikir,tapi terpaksa fikir gak..hmm..

Monday, September 3, 2012

Kuota haji

Kerajaan Arab Saudi setuju mengekalkan kuota seramai 28,000 jemaah Malaysia untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan terus memohon dan merayu kuota tambahan dengan Arab Saudi bagi membolehkan lebih ramai bakal jemaah haji negara ini berpeluang menunaikan ibadah berkenaan.

Penerbangan haji bagi kumpulan pertama ke Makkah dijadualkan pada 17 September depan membabitkan seramai 400 jemaah. Menurutnya, bagi jemaah haji muassasah, kerajaan masih mengekalkan kos menunaikan ibadat itu seperti tahun lalu iaitu RM9,980.

Jemaah Malaysia yang berpeluang mengerjakan haji diharapkan menjaga tingkah laku, disiplin dan keselamatan diri, selain tidak melakukan sebarang perbuatan bertentangan dengan undang-undang Arab Saudi termasuk perhimpunan haram ketika menunaikan ibadat haji.

“Ini bagi memastikan jemaah dapat menunaikan ibadat dengan sempurna. Malah, langkah ini bagi membolehkan kerajaan Arab Saudi memberi keutamaan apabila mereka mahu memberikan kuota tambahan.

p/s: dulu masa kerja TH suka bila time orang nak g haji..suka tengok pakcik2, makcik2 excited nak g sana..sekurang2nya kita pun ada ilmu serba sikit..walaupun tak tau detail sangat.tapi suka masa tu..hehe..ntah bila la dapat jadi tetamu kat sana kan..hmm..

Nenek Bongkok 3

semalam tengok cite Nenek Bongkok 3 di Astro Ria..
cite tu cite seram gak ar..
memang nak tengok..tapi mata da mula ngantuk..



tapi sebab nak tau sangat, akhirnye tengok sampai last gak..
sebab xleh baca cite tu..tu yg tengok gak tu..hehe

Ia mengisahkan 5 orang pelajar PMR tengah Kursus Kecemerlangan PMR la camtu kat sekolah..
sejak kehadiran Ustazah Maria@Mariam, ada kes yang berlaku kat sekolah tu.
sejak dari tu,sorang demi sorang pelajar meninggal dunia..

yang 5 orang ni memang kawan baik la..
masa kejadian tu, Ustaz Razak nampak ape yang berlaku, ngan dia pun kena serang.
pstu datang la Ustazah Maria@Mariam pulihkan keadaan.

sejak seorang pelajar meninggal di toilet, terus kursus tu dibatalkan.
ingat kan da xde lagi..rupe2nye kat umah pun 'benda tu' pun menyerang gak..

rupe2nyer sebenarnya nenek tu nak menuntut bela dari ibu bapa budak2 sekolah tersebut.
zaman dulu nenek tu orang kampung tuduh menuntut ilmu hitam.
tu yang ibu bapa gn Ustaz Razak tu wat sesuatu kat nenek tu.
nenek tu sebenarnya merupakan nenek kepada Ustazah Maria@Mariam tu,nenek esah.

ending die Ustaz Razak tu kena tangkap sama ngan kat awal cite tu..
kiranye cite tu d flashback laa..

menarik gak ar cite tu..walaupunn..hehe



#nenekbongkok3 Astro Ria ! Thanks wanie from Singapore for the photo


makcikk ifa kawen...


Akhirnye..
selamat sudah sahabatku menjadi isteri ..
selamat sudah majlis di rumah nyer..
alhamdulillah juga,nasib tak hujan di hari kejadian..

majlis juga berjalan lancar..
walaupun ada sikit2 yang tak berapa lancar..
takpe cik..yang penting hari kejadian ok jer..

sila upload gambo dari note tu eh..hehe
ak xsmpt nak transfer gambo lagi..;p


hepi tengok kawan2 hepi..cantikk sangat..=D
tahniah..semoga kekal hingga ke akhir hayat..
selamat menempuh alam rumahtangga..=)

next turn tina n lili..
ops..fara,gda nak ak masukkan kat sini gak ke..sape lagi eh..=)
hmm kenapa cam xprasan lak ade orang bagi kad mase knduri kawen ni eh..hehe

takpe..jangan terburu-buru cari pasangan..
rilek jer..tak perlu nak berkejar sangat..
n paling penting tak perlu mengikut seperti yang orang lain buat, mengikut kemampuan diri sendiri sudaa..

Thursday, August 30, 2012

Produk Jerslin Oil


Ni antara produk Jerslin Oil...











Pic combine produk :

1) Jerslin Power Oil
2) Jerslin Aura Perfume
3) Jerslin Body Soap
4) Jerslin Cool Powder
5) Jerslin Facial Soap
6) Jerslin Water




MERDEKA

ish..ape cite ni..
kecoh sangat la ngan janji ditepatinyer..

xfaham tau..
mula-mula da minta nama 10 orang wakil ke sana..
pastu sekali lagi minta nama 25 orang wakil..
pastu sekali lagi semua warga DIWAJIBKAN..
ape cer ni...
agak-agak laa...

benda macam ni tak perlu la nak paksa..
pastu siap pengumuman suara banyak kali..
amik kehadiran..tak datang sila sediakan surat tunjuk sebab..

berpanjangan da cite ni..
dari kat fb sikit-sikit jer..
tup-tup bila baca kat fb orang lain pun ramai yang update benda yg sama..

padahal sebenarnya cuma Perhimpunan Janji Ditepati sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 tahun 2012 peringkat kebangsaan...hmm..

hmm..bos ak ni..
tetap tanye ku gak..
leha g ke tak..
bukan nak tanye direct kat ku dulu..
tanye kat 'akak' tu gak dulu...

Jerslin Oil - Intro

Jerslin Oil ni juga telah disahkan HALAL oleh JAKIM
Ia hanya untuk kegunaan luaran sahaja.
kadang-kadang kita risau kalau ade side effects kan..
Jangan risau sebab ia hanya lah sejenis minyak sahaja..

Ia dibuat daripada :
- Minyak Bijan
- Minyak Zaitun
- Minyak Bunga Matahari
- Habbatus Sauda
- Herba tempatan terpilih


Mengurut badan terutama untuk mengurut wanita lepas bersalin adalah sangat baik.
Ia juga tidak terhad untuk mengurut sahaja.. Ia boleh digunakan untuk mengubat penyakit dalam badan juga.
Boleh dikatakan ia merupakan minyak serbaguna dalam satu, digalakkan menggunakan lebih kerap.

Penyakit / Masalah Kesihatan yang boleh dipulihkan dengan JERSLIN POWER OIL adalah seperti berikut;-

ü Gastrik
ü Demam panas / panas badan berlebihan
ü Resdung
ü Sakit kepala / Migrain
ü Asma / Lelah / Semput
ü Sakit buah pinggang
ü Sembelit / Cirit-birit / Buasir
ü Kencing Manis
ü Tekanan Darah Tinggi
ü Jangkitan Faraj / Keputihan
ü Penyakit kelamin
ü Sakit sendi / Lutut bengkak / Gout
ü Kekejangan otot / Simpul Biawak
ü Mati pucuk / lemah syahwat / tidak bernafsu
ü Sengal-sengal tulang
ü Kulit kasar, warna tak sekata, berjeragat
ü Sakit usus
ü Kembung perut
ü Kesukaran bernafas
ü Selsema, batuk, hidung tersumbat
ü Tumor / Kanser / ketumbuhan
ü Mudah lesu
ü Keracunan makanan
ü Stroke / Angin Ahmar
ü Anggota tubuh lumpuh / lemah
ü Tekanan darah tinggi / rendah
ü Kerapa kencing pada waktu malam / kencing tak lawas
ü selalu / mudah kena selsema
ü Alahan / alergik dengan makan laut / habuk /debunga / ubat
ü Sukar mendapat zuriat / anak
ü Anak yang dilahirkan kurang sihat
ü Manopause
ü Hormon tidak seimbang / ketidaksimbangan metabolisma.
ü Kesuburan lelaki / wanita menurun
ü Senggugut
ü Sakit buah pinggang
ü Tulang reput / mudah patah
ü Pergerakan perlahan
ü Mudah beremosi / cepat marah
ü Kitaran haid yang tidak tetap
ü Sukar memahami / mengingati pelajaran
ü Kurang tumpuan terhadap pelajaran atau kerja yang dilakukan
ü Kolesterol tinggi
ü Penglihatan kabur / selalu keluar air mata / mata kemerahan
ü Kesejukan kaki / tangan
ü Tangan / kaki menggeletar / menggigil
ü Sukar tidur (Insomnia)
ü
Untuk bayi;- kembung perut, demam panas, demam biasa, batuk, muntah-muntah.

Fenomena Oppa Gangnam Style

Gler betul kan. Sekarang ni da mencecah hampir 70 ++ juta kot penonton di www.youtube.com
masa ku bukak video ni dalam 40++ juta penonton.

Gangnam style yang menjadi fenomena di seluruh dunia. Ramai yang membuat video klip meniru Gangnam Stye bahkan ada juga selebriti pun meniru gaya lagu ini. Rasanya tidak semua orang mengetahui maksud disebalik lagu berbahasa Korea Selatan tersebut.



Fenomena Gangnam Stlye datangnya dari lagu korea berjudul Oppa Gangnam Stlye nyanyian Park Jeasang, 34, atau lebih dikenali dengan nama singkatan Psy (Psycho). Nama Gangnam diambil bersempena dengan salah satu wilayah yang terdapat di Seoul dan kawasan ini dikatakan kawasan high class (tempat orang kaya-raya duduk).

Video Oppa Gangnam Stlye mendapat hampir 65 juta penonton di laman You Tube sejak dilancarkan pertengahan Julai lalu, malah The Wall Street Journal dan artis rap dari Amerika iaitu T-Pain turut memberi pendapat sama yang mana lagu dan video klip berkenaan amat menarik.

Dengan karekter yang bersahaja, Psy bukanlah artis baru yang sedang meningkat naik kerana dia sudah pun memiliki 6 album sebelum ini dan lagu Gangnam Style adalah trak pertama yang terdapat dalam album terbarunya.

Lebih menarik apabila muzik videonya dilihat sangat kreatif dengan menampilkan tarian istimewa seperti menunggang kuda berserta ‘flash mob’ bersama penynanyi dari 4minute, Hyuna.

oppa gangnam style Fenomena/Virus Oppa Gangnam Style Merebak Ke Seluruh Dunia

Dibawah ini video muzik Oppa Gangnam Stlye.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=9bZkp7q19f0

ni yang heboh gak kat fb n youtube lepas kuar video muzik yang atas ni..

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=VGq35nHO95s

Untuk makluman :
Oppa = abang besar , Gangnam = nama tmpt, maksud dia 'south of the river'

p/s: anak sdare ku berapa kali mtk hp ku nak tengok video ku ni..