camni pun ade yer..
KULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi
seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin
dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada
17 November lalu.
Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain
menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan
sebagai suami isteri.
Menurutnya, atas persetujuan
kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah
lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda
remaja.
Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya
mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan
tidak mahu anaknya terjebak maksiat.
Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana
Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman
lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan
mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan
anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.
“Hanya
Allah tahu perasaan saya... walaupun pahit demi untuk menjaga nama
baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak
dengan lelaki pilihannya.
“Anak saya bernikah pada 17
November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di
bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,”
katanya.
Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di
Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang
hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.
No comments:
Post a Comment