Thursday, December 20, 2012

minta idea

korang..
ape tajuk yang sesuai ea untuk wat sesi perkongsian ilmu
kalau boleh sekali ngan power point,
atau power point yang berkaitan
xyah lama-lama presentation jap je pun boleh



kalau korang ade idea power point yang menarik pun boleh..
hmm..takde idea la

Wednesday, December 19, 2012

keputusan PMR harini

Tahniah yer semua kepada semua pelajar PMR yang telah mengambil keputusan arini
tak kisah la keputusan tu camne pun ye
usaha lagi lebih baik di masa akan datang
SPM terutamanya



untuk yang mendapat keputusan baik, pakej untuk anda
untuk yang kurang baik ada bidang lain untuk anda,jangan risau

syabas kepada yang mendapat keputusan penuh
terutama sepupu husband yg dapat straight A's
alhamdulillah die memang bijak pun..


Tarikh Keputusan PMR 2012 Keputusan PMR 2012 Online @ SMS Pada 19 Disember 2012 (Hari Rabu Ini)?

Friday, December 14, 2012

harimau malaya putih mata

keputusan semalam AFF Piala Suzuki 2012
thailand 2-0 dengan agregat 3-1 lawan ngan malaysia
bertemu Singapura pada final timbal balik, 19 dan 22 Disember ini. 

Gol pertama Thailand hadir pada minit ke-60 selepas Teerasil
selang empat minit je, Thailand menambah gol kedua..cepat giler kan..

memang hangin je tengok bola semalam
pastu baca kat fb pun smua  update status pasal bola

mana tak nye reff wat hal, Lee Minhu dari Korea Selatan
suka-suka je bagi kad merah kat fadhli shas sekelip mata
standard la tu bergaduh ngan pemain lawan




pastu pemain nya pun main kasar
tu belum padang lawan lagi..
da la padang yg disediakan untuk pemain kte pun tahap ape ntah

eh macam-macam la

semalam tengok bola macam tengok ape
laki ku balik lambat semalam,die dengar je la ape ku cite
tapi die dapat la tengok sikit 
sampai ku cakap,macam tengok ape tau..asyik nak marah je..


Datuk K kemalangan

terkejut giler bila baca..
semalam lagi da tau
tapi tadi baca paper.

Keadaan suami Siti tidak begitu membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil. Cuma, dia mengalami kecederaan akibat patah bahu, tangan dan kaki. Doakan semoga suami Siti cepat pulih,” katanya yang akan berlepas ke New Zealand hari ini untuk bersama-sama Khalid, dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa.


 Siti Nurhaliza dan suami, Khalid Mohd Jiwa.

Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, terbabit dalam kemalangan sewaktu menunggang motosikal berkuasa tinggi di New Zealand.

Lantas, keputusan nekad harus dibuat dan Siti akhirnya memilih untuk melupakan hasrat meneruskan siri akhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang. Dia memutuskan untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Wednesday, December 12, 2012

ex penyimpan mohor besar kembali ke rahmatullah




Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam semalam.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11.00 pagi hari ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.




Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. Lama beliau berkhidmatkan umumkan puasa n raya. 

Setiap kali tengok muka beliau je,ar tau da..hehe..Takziah kepada ahli keluarga beliau dan Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.

Tapi sekarang dengar nya dah ada penyimpan mohor besar raja-raja yang baru. Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66.macam ada persamaan ja.pattern dan gaya lebih kurang.. ;)



121212

Apakah sebenarnya keistimewaan atau yang menarik mengenai tarikh 12.12.12? Selain berpendapat, digit yang cantik ada juga menganggapnya angka bertuah tetapi ada pula melihat ia sekadar nombor, apabila dibilang akan sampailah pada angka itu.

Tarikh hanya pengukuran peredaran masa atau jika berpandukan pada kalendar, angka tercatat hanya penanda peredaran masa. Dalam kata lain, tarikh adalah jumlah peredaran masa. Susunan tarikh dimulakan dengan bilangan hari diikuti dengan bilangan bulan dan diakhiri dengan bilangan tahun. 

Menurut perspektif Islam, tiada hari atau angka dianggap bertuah atau sial, sebaliknya semua dianggap sama. Begitu jugalah dengan angka atau tarikh 12.12.12.

 

Jangan ingin mencatatkan sejarah dan keistimewaan dalam hidup serta semata-mata untuk mendapatkan tarikh diidamkan, individu mengabaikan perkara lain termasuk menyusahkan orang lain untuk datang ke majlis diadakan atau sanggup mengubah perkara yang mungkin lebih penting dilakukan pada hari itu.

Mengingatkan angka dan kehidupan seseorang termasuk kebahagiaan rumah tangga, tuah dan tiada kaitan dalam mencorak kehidupan seseorang.

Tegasnya, angka atau tarikh yang cantik dan dianggap istimewa hanya sekadar persepsi asas. Ini bermakna, angka tetap angka manakala kebaikan atau keburukan dibawa tiada kaitan dalam kehidupan seseorang, sebaliknya bergantung kepada empunya diri untuk mencorakkannya.=)

AFF

ade ke camni diorang wat kite..
ish2 xadil betul la..

 Skuad negara terpaksa
menjalani latihan
ringan di atas padang
yang ditakungi air di Stadium Express-way semalam.






Pihak pengurusan pasukan kebangsaan membuat aduan kepada penganjur Piala Suzuki, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) serta tuan rumah, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengenai keadaan padang latihan Harimau Malaya, yang didapati becak dan layak dipanggil bendang.

“Saya sudah buat aduan kepada pihak penganjur dan FAT. Harap esok (hari ini) dapat padang lebih elok. Tapi anggap ini semua dugaan untuk berjaya,” kata pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal ketika ditemui pada sesi latihan Harimau Malaya di padang Jaran Buraprat, kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan skuad negara, petang semalam.

Biarpun lokasinya hanya satu kilometer dari hotel Golden Tulip Sovereign, keadaan padang Jaran Buraprat itu sepatutnya tidak layak dijadikan padang latihan untuk kejohanan tertinggi peringkat Asia Tenggara itu.

“Kami amat kecewa dengan padang yang macam bendang padi, tempat pemain salin pakaian pun tiada, jaring gol koyak rabak dan orang awam boleh tengok secara terbuka. Jika di Malaysia, main peringkat kampung pun tidak seperti tahap ini.

Ditanya adakah ini salah satu taktik atau strategi Thailand untuk melunturkan semangat juang Harimau Malaya, Subahan berkata: "Saya tak tahu. Apa pun, yang berlaku ini tidak menunjukkan semangat kesukanan. Patut layanan lebih baik dan kita sudah rugi sehari tidak dapat menjalani latihan penuh."

Friday, December 7, 2012

hrmis oh hrmis

alhamdullillah berjaya menyetelkan hrmis bos
ku tau tu kerja ku

tapi klau die sbuk nak sangat wat
ingatkan die nak terus wat semua
sebab die yg excited sgt wat benda ni
akhirnye die lepaskan tangan die gak kat ku..hmm

tup-tup pagi tadi dalam kul 9lbih die bagi kat ku suh setelkan
padahal 1minggu yang lepas ku da tanye
ari isnin ngn selasa tanye lagi

berkat matematik yg xseberapa ni ngn bantuan penyelamat ku
thanks byk2 cik..=)
alhamdulillah selama 4 jam mengadap tanpa berhenti
diselangi ngn kat fb :P
akhirnye berjaya jugak setel wat semua

cuma..yg masih ku marah lagi..kenapa masih ada yang kat deraf lagi
sedangkan ku da 'kejar' pegawai ni dari sebelum-sebelum ni..
dan harini merupakan deaadline nyer..

perlu kah ku tinggalkan keje lagi pada dia..
td tengahari die sedap2 tdo
sdangkan tengahari tadi ku bertungkus lumus wat

da setel baru ku g cari makan..
ish..bedebah punye die

tadi lagi la,mmg masa cakap ngan die
memang da tinggi suara da
mau tak..bagi arahan xlengkap
sabo2x..dugaan tul la..

Thursday, December 6, 2012

kamera AES

Kerajaan Selangor semalam memutuskan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di negeri itu ditutup mulai esok.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas Kementerian Pengangkutan tidak memberi maklum balas terhadap surat dihantar pihak berkuasa tempatan menuntut kementerian itu mematuhi prosedur pemasangannya.

“Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPS) sudah menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan tetapi mereka tidak menghiraukannya.




“Kami sudah selesai fasa pertama iaitu menulis surat, dan selepas ini akan menutup kamera itu supaya ia tidak berfungsi dan jika masih tiada permohonan pembangunan dihantar kementerian dalam masa 14 hari, kami akan membuat keputusan lain, termasuk kemungkinan menanggalkan kamera berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan watikah pelantikan ketua kampung kepada lebih 400 pemimpin tempatan di sini, semalam.

Terdahulu, EXCO Kerajaan Negeri, Ronnie Liu, berkata kamera yang mengesan kesalahan lalu lintas pengguna jalan raya itu yang dipasang di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara-Selatan akan ditanggalkan, esok.

Katanya, keputusan menanggalkan kamera itu kerana kata dua yang diberikan kepada kontraktor AES untuk berbuat demikian dalam tempoh dua minggu, sudah pun berakhir.
Katanya, kerajaan negeri menganggap pemasangan kamera itu sebagai binaan haram kerana kontraktor gagal memohon mendapatkan kebenaran arahan pembangunan.

Bagaimanapun, Liu yang turut hadir pada sidang akhbar bersama Khalid berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk menyemak semula keputusan berkenaan.

“Kami memutuskan untuk mengubah strategi. Kami akan menutup kamera itu pada jam 2.30 petang, Jumaat ini. Saya sendiri akan berada di sana bagi memantaunya,” katanya.

p/s: yang lain camne pulak..hehe

mulut orang

hmm..ingatkan  da lame xdengar orang cite pasal diriku, da xde lagi orang nk bercite..
tapi rupe2nya sampai bile2 diorang tetap akan bercite..
tu la orang kata...mulut orang kan..
memang xleh nak tutup..

jadi terima je la..


ku xkisah kalau nak gtau ape-ape cita kat kawan-kawan..
tapi kat opis,memang xla kot..

tapi xtau kenapa..bila da duk sini..
da tau sndiri da..asam garam camne..pahit manis camne..
memang xsuka segala cerita peribadi ku diambil tau oleh staf-staf
xtau camne nak buang sifat ni.
tapi automatik sifat ni ada..

sekelip mata jer hal tentang diriku ni akan tersebar
mungkin sebab kat opis takde sorang pun yang leh ku percaya betul-betul kot
tu yg menyebabkan perasaan tu datang

lagipun kat opis ni selalu sangat  dengar diorang bercita
pasal pengalaman diorang camne 'kena'..
jadi faham-faham sendiri je la

kalau ade pun kat opis ni..cuma temapat untuk meluahkan perasaan yang sama-sama 'rasa' n luahakn ketidakpuasan hati diorang..
camne ku xnak dengar da diorang nak cite kat diriku
mungkin diorang percaya n sambil wat keje kat tempat ku diorang akan bercite

kiranya ku ni leh dipercayai la kan..hahaha

p/s: selagi leh bersabar kan..hmm..

Monday, December 3, 2012

berita terkini



Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja berikutan kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata, tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang juga Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.



Pada 26 November lalu, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan supaya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.

Pada 14 November lalu Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini pada 2.18 pagi hari sama.

p/s: sebelum ni da taip sikit pasal ni..tapi ade je dalam draf tu..xtau nak cakap ape..
xpela,ni untuk pengetahuan jer...

Saturday, December 1, 2012

Bola vs masterchef










Menang suda..
2-0..lepas ni lawan thailand la pulak

*yang atas edited..

Konpem malam ni ramai yg tengok bola malaysia - indonesia..kat bukit jalil pun penuh,hampir 70k..

Setakat separuh masa 1 je da 2 gol dari malaysia..samaada malaysia kekalkan gol atau tambah gol..indon plak cuma perlukan seri..

Automatik malaysia menang je malam ni terus masuk separuh akhir AFF la..

Pastu konpem lepas abis bola smua tengok masterchef la..harap2 xtertido la..hehe

Maklum la,lambat sangat kan..sanggup bagi laluan kat bola dulu..yela kalau x,sape nak tengok kan..da la malam ni final:P
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile