Tuesday, November 22, 2011

Harimau Malaya

Mesti semua mengantuk kan pagi-pagi ni..sanggup tengok sampai abis,sampai bagi adiah..
akhirnye..menang gak..
kenapa la xcuti kan..hikhik..

Ingat lagi,kalau dulu-dulu zaman sekolah,bile menang je bola mesti cakap esok cuti..=p
tapi yang jeles nye,johor cuti..huhu

Kesian diorang(player) siap naik baracuda..(camne ejaan die ar)...hehe
tapi Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) gtau tadi,ade aircond..hehe
maklumla,penyokong indonesia ni fanatik sikit..




SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.

Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.


Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.

Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.


Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.


Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.

Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.


Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.

Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.


Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.


p/s: KFCM mengaku awek die sekarang,dahlia tu..

Saturday, November 19, 2011

Cinta Sumayyah

Pelik sungguh macam mana artis-artis Malaysia nie lepas beranak terus slim menyelim macam zaman anak dara dulu. Mesti diorang nie ada rahsia turun temurun di kalangan artis. Salah seorang artis itu adalah Elyana.Ni je yang baru ku terbaca kat blog gosip..hehe..


Comel betul anak Elyana. Namanya Cinta Sumayyah - 27 ogos jam 6.45 ptg




Da 3 bulan da..


Gambar masa photoshoot majalah.. kurus kan...=)





Friday, November 18, 2011

Michelle Wee

Michelle Wee masuk islam..Sape tu..hehe..
Kalau sebut nama tu,ramai tak taunye..cube kalau sebut Michelle Melodi...mesti semua tau kan...=p Nampak sangat semua kaki gosip..hehehe

Wartawan Melodi yang dikenali ramai, Michelle Wee akan berkahwin pada 20 November ini seperti yang diberitahu oleh Zuan Azmi, juga wartawan Melodi melalui Twitternya. Michelle dikatakan akan berkahwin dengan teman lelakinya, Tengku Naharuddin Izwan Tengku Nasaruddin. Ala,yang pengacara Remaja tu...







Ini gambar kad kahwin mereka :



Harap-harap la kekal la ye..Selamat Pengantin Baru..=) kalau tak salah,macam ada live kat Melodi rasanya...