Wednesday, December 28, 2011

Personaliti TV3

da kawen da die ni ye..Ahad lepas telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan personaliti atau pengacara TV3, Adzriefaiz dengan isterinya, Suliza.



Adzriefaiz, juga seorang pelakon ini telah bertunang dengan pasangannya sekitar awal Jun lepas dan telah dinikahkan pada 9 Disember lepas. Majlis mereka ini diadakan di Dewan Komuniti Bukit Bandaraya, Jalan Medang Tanduk, Kuala Lumpur.




comelnyee..

Sophea Isabella, anak kepada Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina.





Saje letak gambar banyak2..hehe




da cukup la tu kan..=)



Thursday, December 22, 2011

Wang Kertas dan Syiling baru

Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu yang hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang juga lambang hidupan laut tropika negara yang pelbagai serta berwarna-warni.



Siri Mata Wang Baru yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, meliputi siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50 menggunakan reka bentuk sedia ada.

Semua mata wang kertas dan polimer ‘berwajah’ baru itu akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan manakala syiling baru meliputi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan Julai lalu akan mula diedarkan kepada orang ramai Januari depan.


Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru berkenaan.


Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional.

Sempena pelancarannya, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan bagi siri mata wang itu membabitkan pengeluaran 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) yang dijual pada harga RM15, 500,000 koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 dan 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) yang dijual pada harga RM300.


Semua wang kertas peringatan berkenaan menggunakan nombor siri sama dan sah digunakan untuk sebarang transaksi. Bagi individu yang berminat, mereka boleh mendapatkan koleksi terhad itu di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini.

SBPA Tangguh

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengarahkan CUEPACS dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) segera mengadakan rundingan bagi menyelesaikan isu berbangkit dalam pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.

Presiden CUECPACS, Datuk Omar Osman, berkata berikutan itu pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan JPA bagi membincangkan perkara itu di sini, esok.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pertemuan dengan Perdana Menteri hari ini.

Mahasiswa berhimpun di pejabat

oo..ni yang berlaku semalam sebenarnya...

Hampir 500 mahasiswa dan alumni institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berhimpun secara aman di pekarangan Kementerian Pengajian Tinggi hari ini untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) itu turut menyerahkan dua memorandum masing-masing kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah.


Presiden Aspirasi, Mohd. Shahar Abdullah berkata, kandungan memorandum pertama itu adalah antaranya menyatakan sokongan mahasiswa kepada Perdana Menteri.

"Dalam memorandum kedua pula, kami menuntut Saifuddin bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku pada 17 Disember lalu, di mana bendera Najib di turunkan di pekarangan (PWTC) semasa penyerahan memorandum bantahan berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

"Selain itu, beliau perlu bertanggungjawab mendesak Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) meminta maaf secara terbuka di atas tindakan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil menteri dan timbalan menteri, di sini hari ini.

Memorandum kepada Mohamed Khaled diserahkan kepada Setiausaha Politik beliau, Mohammad Khairi Abdul Malik.

Memorandum kepada Saifuddin pula diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan beliau, Mohd. Nazri Noh.

Mohd. Shahar berkata, sekiranya tuntutan itu tidak dilakukan dalam tempoh 14 hari, Saifuddin diminta meletakkan jawatan.

"Kami kesal dengan sikap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu yang berdiam diri apabila bendera yang memaparkan Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled dalam satu kenyataan berkata, segala tuntutan dalam memorandum tersebut akan dibawa dan diteliti oleh Jawatankuasa Pindaan AUKU sekiranya berkaitan.

"Setiap perkara akan diperhalusi dan diberikan pertimbangan sewajarnya," katanya.

Beliau menambah, pihak kementerian sememangnya bersedia untuk menerima pandangan dan pendapat semua pihak terutamanya golongan mahasiswa.

"Dengan syarat mereka tidak bertindak di luar batasan moral, tidak berperilaku biadap, menghormati hak orang lain dan berpegang kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara," katanya.

Saturday, December 3, 2011

myONLINE pasport diperkenal

wah..kalau betul senang la..

Orang ramai tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter Jabatan Imigresen untuk memperbaharui pasport mereka berikutan pelancaran perkhidmatan terbarunya, 'myONLINE Pasport', sekali gus memudahkan dan mempercepatkan proses memperbaharui pasport.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata melalui perkhidmatan itu, permohonan bagi memperbaharui pasport kini boleh dilakukan secara atas talian dan pemohon akan dimaklumkan apabila siap diproses untuk mengambilnya.

Menerusi kemudahan myONLINE Pasport, orang ramai boleh mendapatkan pasport baru dalam tempoh dua jam, bergantung kepada pejabat kutipan, masa dan tarikh kutipan yang dipilih ketika mengemukakan permohonan.

Pemohon hanya perlu mengisi borang secara 'online' dengan betul dan tepat serta menyertakan gambar digital berlatar belakang warna biru cair berukuran lima sentimeter (sm) x 3.5 sm yang diambil dalam tempoh tidak lebih tiga bulan sebelum permohonan dibuat.

Bayaran memperbaharui pasport juga boleh dibuat menggunakan kad kredit atau kad debit, tetapi buat masa sekarang bayaran hanya diterima menggunakan kad kredit. ala,mane nak datang kad kredit lak tu..

Pasport yang tempoh sah laku lima tahun dikenakan bayaran RM300 dan RM100 untuk pasport dengan tempoh sah laku setahun, manakala pasport bagi kanak-kanak bawah 12 tahun dengan tempoh sah laku lima tahun dikenakan bayaran RM150.

Ketika mengambil pasport baru, pemohon hanya perlu membawa pasport lama, bukti pembayaran dan MyKad ke Pejabat Imigresen. Pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa bersama MyKad penjaga dan sijil kelahiran.

Friday, December 2, 2011

Ustazah Pilihan 2011

Semalam ttibe terlayan lak Ustazah Pilihan final. Siaran langsung dari Pusat Konvensyen Shah Alam..hehe..Pengacaranye Farah Af dengan Siti. tapi bukan Siti Nurhaliza yer..=p

Didik wanita, terdidik generasi. Begitulah kata-kata keramat program pencarian Ustazah Pilihan di Astro Oasis.

Akhirnye setelah 8 minggu peserta Ustazah Pilihan melalui pelbagai cabaran dan ujian Ahirnya Ustazah Firuz Akhtar dinobatkan sebagai juara Ustazah Pilihan 2011 …Fairuz Akhtar dari Kuala Lumpur menerima hadiah kereta peugeot 207, biasiswa dari Al Madinah International Foundation, pakej umrah dan haji, pakej SPA bernilai RM5000 dan trofi serta wang tunai bernilai RM20 000 sumbangan Astro. dan trofi.



Tempat kedua dimenangi guru bahasa Arab dari Johor, Ustazah Nurul Hidayah Kamaruddin yang menerima wang tunai RM15,000 dan trofi, manakala tempat ketiga, Siti Fatimah Mohd Sharif, 27 dari Kuala Lumpur untuk dengan hadiah wang tunai RM10,00 bersama trofi.

Tempat Ketiga – Ustazah Siti.. Tempat Keempat – Ustazah Fira

Tugasan kali ini membawa barisan Ustazah Pilihan menyelami lebih dalam lagi tentang rawatan Islam, alternatif kepada rawatan sains. Minggu ini mereka dibawa ke Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien untuk melihat sendiri bagaimana sesuatu rawatan dijalankan.

Tugasan mereka kali ini dibimbing oleh Dato’ Engku Ansaruddin Agus atau Pak Engku yang memberi beberapa panduan, tunjuk ajar dan pengalaman dalam rawatan Islam.
Persembahan oleh pengacara Kemuncak Ustazah Pilihan, Farah dengan lagu tema ustazah Pilihan, Warisan Hawa. Selain itu juga turut dijemput juga Imam Muda Asyraf bersama dengan finalis Ustazah Pilihan tersebut..




Thursday, December 1, 2011

Isu skandal Khairul Fahmi Che Mat lagi

Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.

Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.

Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.


“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.

“Saya memang mengenali Shida Harmi. Dia bukannya skandal seperti yang diperkatakan oleh orang lain, sebaliknya dia hanya kawan biasa. Saya mengenali Shida sekitar awal tahun ini, kalau tak silap bulan March. Ketika itu, saya masih belum bertunang lagi. Gambar itu pula diambil semasa kami karaoke,” jelas Khairul Fahmi memulakan wawancara.