Orang ramai tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter Jabatan Imigresen untuk memperbaharui pasport mereka berikutan pelancaran perkhidmatan terbarunya, 'myONLINE Pasport', sekali gus memudahkan dan mempercepatkan proses memperbaharui pasport.
Menerusi kemudahan myONLINE Pasport, orang ramai boleh mendapatkan pasport baru dalam tempoh dua jam, bergantung kepada pejabat kutipan, masa dan tarikh kutipan yang dipilih ketika mengemukakan permohonan.
Pemohon hanya perlu mengisi borang secara 'online' dengan betul dan tepat serta menyertakan gambar digital berlatar belakang warna biru cair berukuran lima sentimeter (sm) x 3.5 sm yang diambil dalam tempoh tidak lebih tiga bulan sebelum permohonan dibuat.
Bayaran memperbaharui pasport juga boleh dibuat menggunakan kad kredit atau kad debit, tetapi buat masa sekarang bayaran hanya diterima menggunakan kad kredit. ala,mane nak datang kad kredit lak tu..
Pasport yang tempoh sah laku lima tahun dikenakan bayaran RM300 dan RM100 untuk pasport dengan tempoh sah laku setahun, manakala pasport bagi kanak-kanak bawah 12 tahun dengan tempoh sah laku lima tahun dikenakan bayaran RM150.
Ketika mengambil pasport baru, pemohon hanya perlu membawa pasport lama, bukti pembayaran dan MyKad ke Pejabat Imigresen. Pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa bersama MyKad penjaga dan sijil kelahiran.
No comments:
Post a Comment