Thursday, December 22, 2011

Mahasiswa berhimpun di pejabat

oo..ni yang berlaku semalam sebenarnya...

Hampir 500 mahasiswa dan alumni institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berhimpun secara aman di pekarangan Kementerian Pengajian Tinggi hari ini untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) itu turut menyerahkan dua memorandum masing-masing kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah.


Presiden Aspirasi, Mohd. Shahar Abdullah berkata, kandungan memorandum pertama itu adalah antaranya menyatakan sokongan mahasiswa kepada Perdana Menteri.

"Dalam memorandum kedua pula, kami menuntut Saifuddin bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku pada 17 Disember lalu, di mana bendera Najib di turunkan di pekarangan (PWTC) semasa penyerahan memorandum bantahan berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

"Selain itu, beliau perlu bertanggungjawab mendesak Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) meminta maaf secara terbuka di atas tindakan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil menteri dan timbalan menteri, di sini hari ini.

Memorandum kepada Mohamed Khaled diserahkan kepada Setiausaha Politik beliau, Mohammad Khairi Abdul Malik.

Memorandum kepada Saifuddin pula diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan beliau, Mohd. Nazri Noh.

Mohd. Shahar berkata, sekiranya tuntutan itu tidak dilakukan dalam tempoh 14 hari, Saifuddin diminta meletakkan jawatan.

"Kami kesal dengan sikap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu yang berdiam diri apabila bendera yang memaparkan Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled dalam satu kenyataan berkata, segala tuntutan dalam memorandum tersebut akan dibawa dan diteliti oleh Jawatankuasa Pindaan AUKU sekiranya berkaitan.

"Setiap perkara akan diperhalusi dan diberikan pertimbangan sewajarnya," katanya.

Beliau menambah, pihak kementerian sememangnya bersedia untuk menerima pandangan dan pendapat semua pihak terutamanya golongan mahasiswa.

"Dengan syarat mereka tidak bertindak di luar batasan moral, tidak berperilaku biadap, menghormati hak orang lain dan berpegang kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara," katanya.

2 comments:

efa said...

hai budak2 ni..terjerit2.. mengganggu org nk wat keje je..

zal88 said...

tau xpe..bkn dgr kt tingkat ko je,smpai tingkat ak ni ar..pstu diorg ckp ade yg dgr diorg nyanyi2 lg..