Thursday, October 27, 2011

~ Maharaja Lawak Mega ~

Maharaja Lawak Mega merupakan kesinambungan untuk program Maharaja Lawak dan akan bersiaran secara langsung setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober. Ia mengetengahkan 47 orang pelawak profesional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.


Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada kumpulan PIMAI (Sathiya, Imuda dan Mat Over), HIRO (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), BOBOI (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), ANJE (Achong Sweet Child dan Joey Daud), OSBON (Mr Os dan Abon), BP – Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri), RAP (Aziz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), COMEL (Radhi Khalid dan Bell Ngasri) dan 3G (Yassin, Didie Alis dan Enot) manakala Adlin Aman Ramli dan Jalil Hamid mengambil langkah berani dengan tampil sebagai peserta solo.

Para peserta turut diberi kebebasan untuk mewujudkan kolaborasi antara dua negara seperti yang dilakukan oleh kumpulan SYOK yang dianggotai Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin. Kumpulan GEBU yang dianggotai Hani dan Azian juga pastinya akan menonjolkan keunikan komedi wanita Singapura. Maharaja Lawak Mega juga mengalu-alukan penyertaan peserta dari Indonesia iaitu kumpulan LANUN (Jegan, Elyas dan Salman Al-Farisi), BAWEL (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas), kumpulan SAEHU (Eko, Bocil dan Vicha) dan kumpulan CAER (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).

Hos bagi program ini ialah AC MIZAL..

p/s: esok yer...=D

Friday, October 7, 2011

Sepahtu (SepahTwo)

Kumpulan Sepah semalam telah dibubarkan secara rasminya. Namun kini Jepp dan Shuib bergabung untuk membentuk satu kumpulan baru yang diberi nama Sepahtu(SepahTwo).


Umum mengetahui yang Jepp sendiri baru-baru ini mengakui yang Mamat adalah punca perpecahan kumpulan Sepah. Maka dengan tertubuhnya kumpulan Sepahtu ini, diharap Jepp dan Shuib akan mampu memberikan yang terbaik tanpa gangguan daripada pihak lain.


Malah katanya kumpulan Sepahtu akan turut membuat album selain daripada tampil melawak. Itu satu peningkatan yang sangat bagus.


Untuk Album Sepahtu (Sepah Two) Memang penjelasan telah diberikan bahawa kontrak tersebut hanya dimetrai oleh Shuib dan Jep sahaja dan tidak melibatkan Mamat. Tujuan menubuhkan Kumpulan Sepahtu adalah untuk penerbitan Album dan juga untuk tidak terikat lagi dengan nama Sepah.

Thursday, October 6, 2011

kim k kawen..

simple but nice..:D


ni Kim ngan akak n adik die..