Thursday, December 6, 2012

kamera AES

Kerajaan Selangor semalam memutuskan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di negeri itu ditutup mulai esok.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas Kementerian Pengangkutan tidak memberi maklum balas terhadap surat dihantar pihak berkuasa tempatan menuntut kementerian itu mematuhi prosedur pemasangannya.

“Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPS) sudah menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan tetapi mereka tidak menghiraukannya.




“Kami sudah selesai fasa pertama iaitu menulis surat, dan selepas ini akan menutup kamera itu supaya ia tidak berfungsi dan jika masih tiada permohonan pembangunan dihantar kementerian dalam masa 14 hari, kami akan membuat keputusan lain, termasuk kemungkinan menanggalkan kamera berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan watikah pelantikan ketua kampung kepada lebih 400 pemimpin tempatan di sini, semalam.

Terdahulu, EXCO Kerajaan Negeri, Ronnie Liu, berkata kamera yang mengesan kesalahan lalu lintas pengguna jalan raya itu yang dipasang di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara-Selatan akan ditanggalkan, esok.

Katanya, keputusan menanggalkan kamera itu kerana kata dua yang diberikan kepada kontraktor AES untuk berbuat demikian dalam tempoh dua minggu, sudah pun berakhir.
Katanya, kerajaan negeri menganggap pemasangan kamera itu sebagai binaan haram kerana kontraktor gagal memohon mendapatkan kebenaran arahan pembangunan.

Bagaimanapun, Liu yang turut hadir pada sidang akhbar bersama Khalid berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk menyemak semula keputusan berkenaan.

“Kami memutuskan untuk mengubah strategi. Kami akan menutup kamera itu pada jam 2.30 petang, Jumaat ini. Saya sendiri akan berada di sana bagi memantaunya,” katanya.

p/s: yang lain camne pulak..hehe

No comments: