Wednesday, November 7, 2012

Samsung ATIV Smart PC

Peh canggihnya..
sebelum ni pernah nampak acer boleh dipisahkan papan kekunci ngn skrin..
kali ni samsung lak mengikut jejak langkah

pix_gal0

Ia merupakan komputer peribadi (PC) ATIV Smart PC yang digerakkan sistem operasi terkini, Windows 8 dan pemprosesan Intel Core i5 generasi ketiga.

Digelar PC pintar, kerana menggabungkan kuasa pemprosesan yang terdapat pada PC, dan pada masa sama menawarkan kemudahan sama seperti peranti mudah alih.

Model ini juga dilengkapi sistem ‘docking’ papan kekunci boleh dipisahkan yang membolehkan pengguna beralih penggunaan daripada komputer notebook kepada fungsi tablet. Sama seperti Acer tu la..

Ia juga didatangkan dengan skrin definisi tinggi (HD) 11.6 inci dalam dua varian. ATIV Smart PC menggunakan prosesor Intel Atom Z2760 dengan penyimpanan 64GB SSD ditawarkan pada harga runcit RM2,499 seunit, manakala ATIV Smart PC Pro digerakkan prosesor Intel Core i5 3317U generasi ketiga dengan penyimpanan 128GB SSD dijual pada harga RM3,599 seunit.

Tapi harganya wah..
tapi tengok jela kan..

sebab yang Acer tu pun tengok bos punye je..=P
pastu aritu die tukar samsung gak..tab kot..
ntah la..tak terikut dah gadjet2 ni semua
cepat sangat keluar baru..

No comments: