Monday, September 3, 2012

Kuota haji

Kerajaan Arab Saudi setuju mengekalkan kuota seramai 28,000 jemaah Malaysia untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan terus memohon dan merayu kuota tambahan dengan Arab Saudi bagi membolehkan lebih ramai bakal jemaah haji negara ini berpeluang menunaikan ibadah berkenaan.

Penerbangan haji bagi kumpulan pertama ke Makkah dijadualkan pada 17 September depan membabitkan seramai 400 jemaah. Menurutnya, bagi jemaah haji muassasah, kerajaan masih mengekalkan kos menunaikan ibadat itu seperti tahun lalu iaitu RM9,980.

Jemaah Malaysia yang berpeluang mengerjakan haji diharapkan menjaga tingkah laku, disiplin dan keselamatan diri, selain tidak melakukan sebarang perbuatan bertentangan dengan undang-undang Arab Saudi termasuk perhimpunan haram ketika menunaikan ibadat haji.

“Ini bagi memastikan jemaah dapat menunaikan ibadat dengan sempurna. Malah, langkah ini bagi membolehkan kerajaan Arab Saudi memberi keutamaan apabila mereka mahu memberikan kuota tambahan.

p/s: dulu masa kerja TH suka bila time orang nak g haji..suka tengok pakcik2, makcik2 excited nak g sana..sekurang2nya kita pun ada ilmu serba sikit..walaupun tak tau detail sangat.tapi suka masa tu..hehe..ntah bila la dapat jadi tetamu kat sana kan..hmm..

No comments: