Thursday, August 30, 2012

Fenomena Oppa Gangnam Style

Gler betul kan. Sekarang ni da mencecah hampir 70 ++ juta kot penonton di www.youtube.com
masa ku bukak video ni dalam 40++ juta penonton.

Gangnam style yang menjadi fenomena di seluruh dunia. Ramai yang membuat video klip meniru Gangnam Stye bahkan ada juga selebriti pun meniru gaya lagu ini. Rasanya tidak semua orang mengetahui maksud disebalik lagu berbahasa Korea Selatan tersebut.



Fenomena Gangnam Stlye datangnya dari lagu korea berjudul Oppa Gangnam Stlye nyanyian Park Jeasang, 34, atau lebih dikenali dengan nama singkatan Psy (Psycho). Nama Gangnam diambil bersempena dengan salah satu wilayah yang terdapat di Seoul dan kawasan ini dikatakan kawasan high class (tempat orang kaya-raya duduk).

Video Oppa Gangnam Stlye mendapat hampir 65 juta penonton di laman You Tube sejak dilancarkan pertengahan Julai lalu, malah The Wall Street Journal dan artis rap dari Amerika iaitu T-Pain turut memberi pendapat sama yang mana lagu dan video klip berkenaan amat menarik.

Dengan karekter yang bersahaja, Psy bukanlah artis baru yang sedang meningkat naik kerana dia sudah pun memiliki 6 album sebelum ini dan lagu Gangnam Style adalah trak pertama yang terdapat dalam album terbarunya.

Lebih menarik apabila muzik videonya dilihat sangat kreatif dengan menampilkan tarian istimewa seperti menunggang kuda berserta ‘flash mob’ bersama penynanyi dari 4minute, Hyuna.

oppa gangnam style Fenomena/Virus Oppa Gangnam Style Merebak Ke Seluruh Dunia

Dibawah ini video muzik Oppa Gangnam Stlye.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=9bZkp7q19f0

ni yang heboh gak kat fb n youtube lepas kuar video muzik yang atas ni..

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=VGq35nHO95s

Untuk makluman :
Oppa = abang besar , Gangnam = nama tmpt, maksud dia 'south of the river'

p/s: anak sdare ku berapa kali mtk hp ku nak tengok video ku ni..

No comments: