Monday, August 6, 2012

bukan rezeki nak dapat emas..xpe LCW..perak pun ok..=)

Saya minta maaf kepada setiap rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua hari ini. Seperti anda semua saya juga amat kecewa kalah sekali lagi," kata Datuk Chong Wei pilu.


thumbnail

Chong Wei tewas dalam permainan tiga set, 21-15, 10-21, 19-21 pada perlawanan yang mengambil masa 79 minit kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China.

"Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.



Mengenai perlawanan menentang Lin Dan malam tadi, Chong Wei mengakui pemain dari Tembok Besar China itu berada dalam kelasnya tersendiri dan masih sukar digugat.

Beliau berkata Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya.

"Umur saya sudah 30 tahun. Olimpik di Brazil empat tahun lagi dan usia saya sudah tua," katanya secara berseloroh.

Chong Wei sudah berikan yang terbaik berbanding ketika pertemuan kedua-dua pemain itu di Beijing. Dia cuma tidak bernasib baik.

Apa pun , anda tetap juara di hati rakyat Malaysia dan sejarah tetap terukir walaupun tidak dapat EMAS namun EMAS sebenarnya adalah perpaduan rakyat Malaysia yang memberi sokongan padu tanpa berbelah bagi padanya dan dia sendiri berjuang atas nama negara yang tercinta , MALAYSIA ! mane taknya semua rakyat malaysia tertunggu-tunggu aksi beliau..



ni la pingat perak yang diterimanyer...

p/s: xdpt nak tengok semalam..huhu..

2 comments:

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

aku pn xtgk leha..aku dpt tw LCW klh pun bile kt PICC tu umumkan..hehe

zal88 said...

peh siap umum tu..da mai mood shopping la ni..byk shopping..hehe