Seorang ibu muda sarat mengandung yang menempuh perjalanan lebih 400 kilometer untuk berbuka puasa bersama suaminya di Kota Kinabalu ini, terpaksa menjadikan bas ekspres dinaikinya ‘bilik bersalin’ apabila sakit perut sebaik tiba di Terminal Bas Inanam, dekat sini, kelmarin.
Norlyn Ajimula, 28, yang bertolak dari Lahad Datu, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.7 kilogram (kg), kira-kira jam 5.30 petang dan bayi itu dinamakan Dyana Adi, sempena nama bas ekspres dinaiki ibunya, Dyana Express.
Ketika ditemui di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Norlyn berkata, dia menaiki bas kira-kira jam 9 pagi untuk bertemu suaminya, Adi Mahari, 40, yang bekerja di bandar raya ini.
“Saya tidak mengalami sebarang masalah sehinggalah perut mula berasa sakit ketika bas ini menghampiri pekan Ranau, tetapi sakit berkenaan hilang secara tiba-tiba.
No comments:
Post a Comment