Tuesday, August 7, 2012

pencarian emas sandaran kepada 7 atlit

Hanya tujuh atlit daripada lima acara kini disandarkan harapan menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia di temasya sukan terbesar dunia ketika Sukan Olimpik 2012 hanya berbaki empat hari lagi.

Pada temasya yang memasuki hari ke-10 hari ini, hanya dua penerjun negara, Yeoh Ken Nee dan Huang Qiang beraksi dalam acara 3 meter papan anjal individu lelaki di Pusat Akuatik London.

Selain Yeoh dan Huang, atlet Malaysia yang masih tinggal membawa cabaran negara di temasya itu ialah Mohd Azizulhasni Awang yang akan beraksi dalam acara keirin; Pandelela Rinong anak Pamg dan Traisy Vivien Tukiet (10m platform wanita - Rabu); Heidi Gan (10km renang terbuka wanita - Khamis) dan Bryan Nickson Lomas dalam acara 10m platform lelaki pada Jumaat.



Pada hari ke-11 temasya itu esok, tumpuan kontinjen Malaysia terarah kepada Yeoh dan Huang di Pusat Akuatik sementara Mohd Azizulhasni di Velodrom London dalam acara kegemarannya.

No comments: