ku prnah naik ni dlu mase kt singapore..
MASS Rapid Transit Corporation (MRT Corp) mengumumkan projek infrastruktur terbesar negara, Sungai Buloh–Kajang Mass Rapid Transit Line kini berjalan mengikut jadual dengan beralih daripada kerja penyediaan kepada fasa pembangunan aktif.
Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak berkata, sejak jajaran Sungai Buloh-Kajang diputuskan pada Julai tahun lalu, perancangan, reka bentuk dan kerja penyediaan untuk pembinaan sudah berjalan sepenuhnya.
Beliau berkata, setakat ini, 33 pakej bernilai RM15.5 bilion sudah diluluskan untuk pakej 1 Sungai Buloh-Kajang Line dan MRT Corp akan mengumumkan projek baru menjelang akhir tahun untuk Sungai Buloh ke Kajang Line 1 yang termasuk pembelian tren, jejambat V8 serta pembinaan stesen.
“Tarikh akhir operasi fasa satu Sungai Buloh-Kajang Line 1, dari Sungai Buloh ke Semantan pada Disember 2016 dan pakej ini juga berjalan mengikut jadual.
“Fasa dua dari Semantan ke Kajang akan mula beroperasi dari Julai 2017,” katanya pada majlis taklimat media di Petaling Jaya, semalam.
peh lamenye..kiranye ni termasuk dalam wawasan 2020 ke ape..;p
No comments:
Post a Comment