Wednesday, June 20, 2012

LYNAS

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek LAMP memutuskan projek nadir bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan, boleh dibenarkan beroperasi dengan kawal selia berterusan oleh agensi penguat kuasa.




Bagi tujuan itu, kerajaan dicadang menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan yang dianggotai agensi berkaitan dengan pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) serta pakar bertauliah.
Ia antara 31 syor yang antara lain mengenai aspek keselamatan terhadap pendedahan sinaran, kesihatan awam, pengurusan residu, alam sekitar, memperkasa agensi penguat kuasa dan makluman kepada masyarakat secara berkesan.

Rumusan dan syor berkenaan terkandung dalam laporan jawatankuasa yang dibentangkan pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pengajian Tinggi, di Dewan Rakyat, pagi semalam.

Ia diluluskan selepas dibahaskan lebih enam jam. Ketika perbahasan, berlaku pertikaman lidah antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang mempertahankan hujah masing-masing.

Mengenai pandangan pelbagai pihak bahawa tahap dedahan sinaran berpotensi memudaratkan kesihatan awam seperti meningkatkan bilangan kes berkaitan kanser, pakar kesihatan berpandangan insiden itu pada jangka panjang hanya mungkin boleh berlaku jika pekerja dan masyarakat terdedah kepada jumlah torium yang besar dan di luar kawalan.

p/s: agak-agak da dapat keputusan ni xde lagi la kot perkara berbangkit harap-harapnya..

1 comment:

Cik Fara said...

dari awal tahun aku dgr isu lynas ni..jadik jugak ke???staff mosti ramai tak sokong...keh3...