Thursday, October 10, 2013

Mat Yo disiku Indra - saya tidak sengaja

Penyerang Kelantan, Indra Putra Mahayuddin akhirnya membuka mulut apabila menafikan sengaja menyiku muka Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo sehingga menyebabkan pemain Johor Darul Takzim (DT) itu mengalami kecederaan hidung dan terpaksa mendapatkan rawatan susulan.

Sambil menyatakan dia langsung tidak menyimpan niat jahat untuk mencederakan bekas pemain The Red Warriors (TRW) itu, Indra Putra berkata, sebagai pemain profesional, dia menghormati peraturan bola sepak negara dan sedar sebarang kekasaran yang dilakukan secara sengaja boleh mengundang padah.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2013/1007/Kosmo/Sukan/su_01.1.jpg


“Saya tidak melakukan apa-apa (kekasaran) terhadap Mat Yo. Ketika itu, berlaku perebutan bola 50-50 antara saya dengannya. Lagipun, perkara itu berlaku betul-betul di depan pengadil dan juga penjaga garisan. Seandainya saya melakukan kekasaran itu secara sengaja atau mempunyai niat jahat terhadap Mat Yo, tentu saya akan dikenakan tindakan tegas oleh pengadil, termasuk dilayangkan kad merah.

“Malah, Mat Yo atau pemain Johor DT lain akan ‘terkam’ saya jika sengaja melakukan kekasaran itu. Tapi mereka tidak berbuat sedemikian kerana melihat secara jelas bagaimana kejadian itu berlaku,” katanya yang menyerahkan perkara itu kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

No comments: