Thursday, October 24, 2013

Pegawai bank maut ditembak pengawal keselamatan




ape nak jadi la dunia sekarang kan.semua nak main tembak2 je
nauzubillah la..kejam betul..

Kekejaman pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai bank dalam kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, Jln USJ SENTRAL 2, USJ Sentral Subang Jaya.








Mangsa yang ditembak bertugas sebagai operation officer Ambank nama Noazita bt Abu Talib berumur 37 tahun.Mangsa dikatakan sudah berkhidmat selama 16 tahun bersama Ambank. Kejadian berlaku lebih kurang jam 6 petang yang mana suspek nama Ardi bin Hamza umur lebih kurang 37 tahun yang beralamat Jalan Apas Batu 2 no 70 Tawau Sabah.

Suspek menggunakan senjata jenis pumpgun dan sebanyak 1 das tembakan di lepaskan dan mengenai muka mangsa ketika mangsa sedang membuka peti kebal dan suspek melarikan wang dalam jumlah yang tidak diketahui.Kenderaan yang suspek gunakan disyaki motosikal.dan sedang dikesan..

takziah dan alfatihah kepada keluarga mangsa

updated: 
 Suami Norazita rayu henti sebar gambar ngeri arwah . Irwan Kamarudin, 37, berkata, tindakan pihak-pihak terbabit yang menyebarkan gambar tersebut menerusi laman-laman sosial bukan sahaja tidak menghormati sensitiviti malah menambah kesedihan beliau sekeluarga.

"Saya meminta jasa baik pihak-pihak yang menyebarkan gambar isteri saya supaya mengeluarkannya kerana ia hanya menambahkan keperitan kami sekeluarga yang sedang bersedih dengan pemergian arwah," katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Serdang di sini hari ini.


Anak arwah, Nurnisa Nabilah, 12, pula berkata, semalam adalah pertama kali ibunya tidak menghantar dia dan adiknya, Mohd. Hazimy ke Sekolah Kebangsaan Subang Bestari kerana kesuntukan masa.

"Selalunya mama yang hantar kami ke sekolah tetapi pagi semalam mama nak cepat ke pejabat, jadi ayah yang hantar kami," katanya.

Nurnisa turut menyifatkan ibunya seorang yang penyayang walaupun tegas dan garang dalam mendidik anak-anak.
 

No comments: