Pelakon Fizo Omar telah mengumumkan tarikh
perkahwinan bersama anak kepada pengasas tudung Fareeda iaitu Mawar pada
10 November ini.
Perkara itu telah diumumkan pelakon itu pada satu majlis sidang media
yang berlangsung pada tengahari tadi di Cathay Cineplexes ECurve yang
turut dihadiri Mawar serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
"Majlis akad nikah akan diadakan pada 10 November sehari selepas majlis
pertunangan yang akan diadakan di kediaman keluarga perempuan di Country
Height," ujarnya.
Majlis itu bakal disiarkan secara langsung oleh TV9 melalui program
"Nasi Lemak Kopi O" pada jam 9.00 pagi dan diadakan secara tertutup yang
dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Selain itu, sebelum sidang media diadakan Fizo atau nama sebenarnya Wan
Hafizol Wan Omar, 28, itu turut membuat gimik dengan menayangkan video
tanpa pengetahuan Mawar, 24, yang tiba-tiba muncul di hadapannya untuk
melamar dan memberi bunga kepadanya.
Menurut pengacara "Nasi Lemak Kopi O" itu tujuan beliau membuat gimik
itu adalah untuk membuat kelainan supaya boleh dijadikan kenangan
terindah buat bakal isterinya itu yang boleh boleh ditonton di channel
YouTube selepas dimuat turun nanti.
"Pada saya soal perkahwinan adalah sangat penting dan pembikinan video
itu adalah hasil idea saya dan tujuannya untuk menunjukkan rasa kasih
dan bertapa istimewanya dia dalam hidup saya"
Pada perkembangan lain, Fizo kini sedang sibuk dengan perniagaan Otai
Burger dan bakal menerbit drama terbitannya sendiri serta akan muncul
dengan program masakan yang akan disiarkan di TV9.
No comments:
Post a Comment