Tuesday, October 22, 2013

Penyanyi 80-an Noreen Noor meninggal dunia

Penyanyi dan pelakon era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Ampang di sini hari ini akibat komplikasi jantung dan buah pinggang. Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Abd Jamil atau Zed Zaidi ketika dihubungi Bernama berkata, Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 5 pagi.

http://4.bp.blogspot.com/-IHzlkHmDfvw/T7IO6IvP28I/AAAAAAAAGYA/LPMIh_AkCCY/s400/ev+(3).jpg

Noreen Noor atau nama sebenarnya Noraine Mohd Nor, yang popular dengan lagu ‘Siang Terbayang Malam Merindu’, meninggalkan seorang anak lelaki berusia 22 tahun dan anak perempuan, 11 tahun.  Jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di KM16 Kampung Pulai, Melaka.
Innalillahiwaillahirajiun..

No comments: