Friday, January 21, 2011

Bukit Broga...

wa..lps ni sape2 yg nk naik tu @ brhajat nk naik @ da plan..sila la brhati2 ye....
jgn trus naik je,pstikan kselamatn anda dlu....

Keghairahan seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam menawan puncak Bukit Broga di Semenyih, Selangor semalam, bertukar menjadi pengalaman pahit selepas dia cedera parah akibat terjatuh dari ketinggian 50 meter.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Norhanani Shahim, 23, dari Semenyih, Kajang dipercayai mendaki berseorangan sebelum tiba-tiba tergelincir dan terjatuh di lereng bukit.

Difahamkan, mangsa yang mengalami kecederaan serius tulang belakangnya dan tidak boleh bergerak ditemui seorang pendaki, yang kemudian memberi bantuan kecemasan sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Kajang.

Beliau berkata, usaha membawa mangsa keluar dari tempat kejadian perlu dilakukan berhati-hati berikutan tahap kecederaan tulang belakangnya yang serius.

“Wanita malang itu berjaya dikeluarkan selepas dua jam iaitu jam kira-kira jam 1 petang dan dia dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut,” katanya sambil menambah keadaan mangsa dilaporkan stabil.

2 comments:

efa said...

O O.. tb2 mcm nk batalkan je plan g broga..huhu

zal88 said...

tu ar..ak bc td pn tkjut gak...