Thursday, January 20, 2011

penat??

Bagi mengatasi kepenatan semasa melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Baginda s.a.w. berkata:
“Apa kamu mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku?. Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur:
a. bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
b. bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
c. bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.


Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya Allah – Allah dari petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

No comments: