Tuesday, January 11, 2011

wa..express tul la gosip2 ni...



wa..cpt tul gosip ni dpt result nye eh..
pd hal baru ari ahd artu (9/1/11) wt liputan psl anak artis tu...

MELODI : Digemparkan dengan kehadiran seorang gadis remaja berusia 14 tahun yang menggelarkan namanya sebagai Angelina, menerusi rancangan hiburan sensasi, Melodi di TV3 pada siaran 9 Januari yang lalu, membuatkan seluruh peminat seni berteka-teki.

Kegagalan pihak media untuk menghubungi Watie Elite berkenaan gosip anak luar nikah yang dipaparkan oleh Melodi Ahad lepas telah terjawab hasil temubual bersama abang ipar kepada Watie. Menurut ManggaOnline, mereka cuba mendapatkan kenyataan Watie, namun gagal setelah segala SMS & panggilan tidak berjawab. Mujur, abang ipar Watie yang dikenali sebagai Aziz diwakilkan untuk menjawab cerita panas tersebut.


OHBULAN! difahamkan, gadis remaja yang keluar di Melodi tempoh hari memang anak Watie, tetapi bukan dilahirkan secara haram. 15 tahun lalu, Watie pernah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan. Eh, tak tahu pula kan?

Angelina, telah dibela oleh keluarga angkat, iaitu abang kepada bekas suami yang kini menetap di Johor. Watie banyak kali mencuba untuk berjumpa dengan Angelina, namun telah dihalang oleh keluarga angkat.

Menurut respon abang ipar Watie, pendedahan yang dipaparkan di Melodi memang telah dirancang oleh keluarga angkat Angelina. Ibu angkat Angelina kini bergelar ibu tunggal dan amat memerlukan wang kerana mereka sekeluarga susah, semuanya bermotifkan duit! Namun, setelah gagal mendapatkan wang daripada Watie, mereka bertindak melakukan pendedahan ini untuk memalukan Watie.

Watie kini masih dalam keadaan terkejut dan malu apabila berita mengaitkan dia mempunyai anak luar nikah. Buat masa ini, dia masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan.

3 comments:

efa said...

wah ! tol ke ni cik..?? tp lau tol pun, biar la dorang setle sndir yerk.. hehe

zal88 said...

tu la..biar la diorg stle kn sndiri...
kte tgk melodi nnt ape cte eh..
hehehe

LiaNa YuSoF said...

betul..betul..betul....
(kata upin dan ipin)
hehehehehehehe....