Wednesday, January 19, 2011

ade org cmni eh...

sbnrnye leh ke amik duit org tu...
da la tu sggup mmbahayakan diri lak...

Menyedihkan apabila pengguna jalan raya seolah-olah ‘berpesta’ memungut syiling yang bertaburan di lebuh raya selepas kenderaan membawa wang itu terbalik dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas di sini, semalam.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati ada pengguna sanggup mempertaruhkan nyawa memungut syiling di tengah lebuh raya tanpa mempedulikan kenderaan lalu lalang.


Pemandu pacuan empat roda membawa wang berjumlah lebih RM70,000 berkenaan yang dikenali sebagai Zairulhisham Mansor, 28, berkata kejadian berlaku selepas kenderaannya dilanggar daripada belakang oleh sebuah kenderaan lain.

“Akibat perlanggaran itu, pacuan empat roda yang saya pandu hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan syiling dibawa bertaburan.


“Ketika itu, saya berada di lorong paling kiri dan bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Harian Metro difahamkan, wang berkenaan milik sebuah syarikat pengedaran syiling dari Shah Alam, Selangor untuk dihantar ke beberapa pasar raya di Melaka.

No comments: