Friday, January 14, 2011

wa...pemain Malaysia dpt rm65k tu..

wa..bruntung tul pemain Malaysia..
da rzki diorg kn...
brbaloi ngn usaha yg diorg bri kn tu...


Kejayaan pasukan Harimau Malaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 pada 29 Disember lalu terus diraikan apabila semalam kerajaan mengumumkan insentif saham amanah serta wang tunai berjumlah RM65,000 kepada setiap pemain dan jurulatih. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata setiap pemain dan jurulatih akan menerima unit Amanah Saham Wawasan 2020 bernilai RM50,000 yang tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh 10 tahun. Mereka juga akan menerima insentif khas daripada kerajaan sebanyak RM10,000 seorang dan Skim Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara RM5,000.

“Kerajaan juga akan menaja latihan pemain dengan kelab ternama sebagai persiapan masa depan sukan bola sepak negara,” katanya ketika meraikan pasukan itu pada majlis makan tengah hari di Seri Perdana.


Dalam konteks keseluruhan rakyat, katanya, semangat juang pasukan negara itu boleh dijadikan contoh bahawa untuk berjaya bukan saja perlu memiliki kemahiran tetapi juga kemahuan dan membentuk pemikiran serta keyakinan untuk mengatasi cabaran.

“(Kejayaan) membuktikan pemain mempunyai kekuatan minda dan kuasa permainan yang luar biasa. Selain memerlukan kemahiran dan teknik, kita berbangga dengan daya juang dan kekuatan mental mereka," katanya.

Selain insentif daripada kerajaan, pemain juga menerima habuan daripada kerajaan negeri masing-masing sebelum ini.

INFO: Pecahan insentif Piala Suzuki AFF

Kerajaan
RM50,000 unit Amanah Saham Wawasan setiap seorang
RM10,000 insentif setiap seorang
Skim Hadiah Kemenangan
Majlis Sukan Negara (MSN) - RM5,000 setiap seorang

Negeri
Kedah - RM5,000 (Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Khairul Helmi Johari, Mohd Sabre Mat Abu, Mohammad Faizal Abu Bakar, Amar Rohidan)
Terengganu - RM5,000 (Mohd Sharbini Alawee Ramli, Mohd Ashaari Shamsuddin, Mohd Muslim Ahmad, Izzat Faris Ramlan, Mohd Faizal Mohamad, Norshahrul Idlan Talaha) dan satu lot tanah seorang
Perlis (Yayasan Pok & Kassim) - RM5,000 (Amar Rohidan)
Kelantan - Rumah (Khairul Fahmi Che Mat)
Perak - RM10,000 (Mohd Safee Sali)
- RM5,000 (Mohd Sabre Mat Abu, Mohamad Fadli Mohd Shas)

No comments: