Monday, March 5, 2012

Cuti umum tak kurang

Kerajaan tidak bercadang mengurangkan jumlah cuti umum apabila gaji minimum dilaksanakan tidak lama lagi kerana pelaksanaannya sudah mengambil kira aspek produktiviti, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, produktiviti pekerja tetap perlu ditingkatkan bagi memastikan Malaysia setanding negara maju lain.
“Walaupun gaji minimum akan ditetapkan, semua pihak ada peranan masing-masing dalam memastikan ekonomi terus berkembang dan rakyat mendapat faedah daripadanya serta tidak bawa kesan yang boleh menjejaskan pertumbuhan negara.

“Itu kita ambil kira sebab kajian sudah dibuat agak mendalam sejak sekian lama. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dalam blognya, baru-baru ini yang mendakwa Malaysia boleh muflis jika gaji minimum dilaksanakan kerana terpaksa membayar lebih untuk kerja yang kurang selain mempunyai terlalu banyak cuti umum yang boleh menjejaskan produktiviti negara.

Muhyiddin berkata, butiran lanjut mengenai pelaksanaan gaji maksimum itu akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi.
“Ia (gaji minimum) sudah dilaksanakan negara lain, memang kita percaya ada asas (untuk laksanakan) tapi kita buat bukan secara terburu-buru.

“Kerajaan akan ambil kira semua faktor termasuk kos hidup, inflasi dan perbezaan di wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung serta keupayaan majikan membayar, selain kesannya kepada ekonomi.

“Bila sampai masanya, kita akan jelaskan secara terperinci apa yang akan diputuskan kerajaan, Saya percaya kita harus menunggu. Kita sudah capai persetujuan dengan banyak pihak yang terbabit seperti majikan, pekerja dan Menteri Sumber Manusia sudah kemukakan cadangan. Sampai masanya yang sesuai tidak lama lagi ia akan diumumkan Perdana Menteri sendiri, tunggulah,” katanya.

p/s: masa dengar pasal berita ni..terus je ku nak cakap, masalahnye banyak sangat ke cuti umum tu ..=(

1 comment:

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

hikhik..betul tu leha..dah la kite kt putrjaya, kurang bebeno cutinye..huhu