Wednesday, March 21, 2012

Lynas Advanced Material Plant

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah usul penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Material Plant yang diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.





Perdana Menteri berkata, isu itu memerlukan satu penyelesaian yang menjangkau soal politik kepartian, dan perlu ditangani semua pihak, kerana ia membabitkan soal kepentingan rakyat serta negara.

"Ada beberapa isu dalam negara kita ini yang mesti kita tangani secara bipartisan, ini bukan soal politik, ini soal kepentingan rakyat dan negara. Kita mesti cari satu penyelesaian yang menjangkau soal politik kepartian, saya tidak anggap ini sebagai isu yang seharusnya dibatasi pertimbangan politik

Dewan Rakyat semalam meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) bertujuan meneliti dan menilai isu sensitif yang mendapat perhatian ramai serta piawaian keselamatan projek nadir bumi itu.

Selama 45 minit menggulung usul berkenaan, Menteri di Jabatan PM, Nazri berkata, tempoh tiga bulan itu boleh dilanjutkan jika jawatankuasa berkenaan tidak dapat melaksanakan tugas dalam tempoh itu dengan merujuk kepada Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

No comments: