Friday, March 30, 2012

Kecoh KLCC terbakar

Semalam kecoh sana sini kata KLCC terbakar? Seriously?? Bukan the whole KLCC yang terbakar. Salah satu restoran dekat SURIA KLCC je yang terbakar. Restoran Chinoz kalau tak silap.


.

Sebabnya adalah kerana gas meletup kat restoran tu..peh dasyat kan.

Tapi hari ni Suria KLCC dah dibuka semula untuk orang ramai..

Ni berita pasal nye semalam :

Pusat beli-belah terkemuka Suria KLCC semalam terpaksa ditutup selama sejam ekoran berlaku kebakaran pada sistem saluran asap di Restoran Chinoz on The Park.

Semasa kejadian pada pukul 5.30 petang, orang ramai yang terdiri daripada pengunjung dan pekerja yang kesemuanya berjumlah kira-kira 5,000 orang diarahkan mengosongkan pusat beli-belah itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, orang ramai diarahkan keluar oleh pihak keselamatan Suria KLCC bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sebaik berlaku kebakaran dan menyebabkan asap tebal di sebuah restoran di pusat beli-belah itu.

Menurut beliau, kebakaran tersebut berlaku pada sistem saluran asap yang terletak dalam Restoran Chinoz on The Park.

"Asap tebal dari restoran dapat dilihat di podium bumbung Suria KLCC sejauh kira-kira tiga kilometer," kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

No comments: