Friday, March 23, 2012

Konvensyen Bidadari Dunia

saje nak share..
sabtu & ahad (24 & 25) ni kat PICC..
dengar-dengar ramai yang berminat dengan konvensyen ni..


Muslimah kini haruslah bergerak mencari "role model" terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah S.A.W.

Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar.

Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif.

Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.

Selaras dengan tuntutan kini yang dahagakan ilmu dan jua memerlukan sesuatu proses bagi menimbulkan kesedaran diri untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik, maka pihak iluvislam.com ingin turut serta meyumbangkan tenaga ke arah pembentukan muslimah sejati, muslimah terbaik.

No comments: