Wednesday, March 28, 2012

Awal & Scha pula menyusul

Pasangan pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya akhirnya menamatkan spekulasi tarikh perkahwinan mereka apabila mengumumkan akan bernikah pada 4 Mei nanti.


Pada sidang media pengumuman itu diadakan di sini semalam, pasangan ini memilih Hotel Pullman, Putrajaya sebagai lokasi acara pernikahan manakala persandingan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei.


Awal berkata, perkenalan selama dua tahun enam bulan sejak digandingkan mengacara program realiti, Sehati Berdansa memberi keyakinan padanya melamar bakal isterinya itu.

Katanya, dia bertindak melamar Scha secara langsung ketika mengacara program hiburan Propaganza pada Ahad lalu.


Awal menghantar rombongan merisik pada 30 Mei tahun lalu yang juga hari ulang tahun Scha ke-28.


“Scha tak mahu bertunang dan saya melamarnya bukan mengikut budaya barat tetapi mahu bertanya padanya sama ada sudi berkahwin dengan saya.

Kami juga bukan mahu berteka-teki mengenai tarikh kahwin tetapi memberi laluan pada rakan artis lain berkahwin sebelum mengadakan sidang media ini,” katanya.

No comments: