Friday, March 23, 2012

Junior Masterchef Australia

MUSIM kedua Junior Masterchef Australia kini sudah berakhir apabila Greta Yexley, 11, yang berasal dari Claramont, Australia Barat dinobatkan sebagai juara sekali gus mengalahkan 12 peserta lain yang tidak kurang handalnya dalam menyediakan menu masakan masing-masing.

Greta sering tampil dengan kejutan dalam mempersembahkan masakannya sehingga membuatkan juri dan penonton berasa kagum dengan kebolehannya yang sama baris dengan tukang masak profesional.

Maka tidak hairanlah apabila hidangan tart citrus dengan mousse tropikal pada malam final dijadikan pilihan utama juri sebelum menobatkan Greta sebagai juara.


Selain terpilih sebagai pemenang musim kedua, Greta juga kerap menjuarai cabaran yang diberikan juri pada setiap episod.

Cukup terhibur apabila melihat keletah kanak-kanak berusia dari lapan hingga 13 tahun itu mempamerkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam setiap tugasan yang diberi.

Pelbagai situasi dapat dilihat apabila ada di antara mereka yang tidak dapat menahan air mata saat rakan lain tersingkir

Suka tengok budak-budak tu..comey nye..keterroran diorg da macam orang dewasa da..hehe

No comments: