Friday, March 23, 2012

drive carefully

Tajuk nak orang putih kan..hehe
tapi dek kerana biawak la kemalangan ni berlaku..

Empat kenderaan termasuk sebuah lori tangki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 28.5, Jalan Seremban-Tampin, di sini, petang kelmarin.



Difahamkan, selain lori, kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu membabitkan Proton Saga BLM, Perodua Kancil dan Proton Saga jenis lama.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, sebuah Perodua Kancil berhenti secara tiba-tiba kerana mendakwa cuba mengelak daripada melanggar anak biawak yang melintas jalan.

“Pada masa sama, sebuah lori tangki melanggar belakang kereta saya. Berikutan keadaan jalan licin, saya yang berada di belakang Perodua Kancil itu hilang kawalan lalu melanggar belakang kereta terbabit,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.

Menurutnya, kereta dipandunya berpusing dua kali sebelum berhenti di bahu jalan.

No comments: