Friday, March 30, 2012

Murah betul Mahkamah Majistret jatuh hukuman

SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.



Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.

Kecoh KLCC terbakar

Semalam kecoh sana sini kata KLCC terbakar? Seriously?? Bukan the whole KLCC yang terbakar. Salah satu restoran dekat SURIA KLCC je yang terbakar. Restoran Chinoz kalau tak silap.


.

Sebabnya adalah kerana gas meletup kat restoran tu..peh dasyat kan.

Tapi hari ni Suria KLCC dah dibuka semula untuk orang ramai..

Ni berita pasal nye semalam :

Pusat beli-belah terkemuka Suria KLCC semalam terpaksa ditutup selama sejam ekoran berlaku kebakaran pada sistem saluran asap di Restoran Chinoz on The Park.

Semasa kejadian pada pukul 5.30 petang, orang ramai yang terdiri daripada pengunjung dan pekerja yang kesemuanya berjumlah kira-kira 5,000 orang diarahkan mengosongkan pusat beli-belah itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, orang ramai diarahkan keluar oleh pihak keselamatan Suria KLCC bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sebaik berlaku kebakaran dan menyebabkan asap tebal di sebuah restoran di pusat beli-belah itu.

Menurut beliau, kebakaran tersebut berlaku pada sistem saluran asap yang terletak dalam Restoran Chinoz on The Park.

"Asap tebal dari restoran dapat dilihat di podium bumbung Suria KLCC sejauh kira-kira tiga kilometer," kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

MasterChef Selebriti Malaysia

Bakal memulakan rakaman pertama pada 27 Mac ini, program realiti masakan pertama, MasterChef Selebriti Malaysia terbitan Astro Ria (saluran 104) akan disertai oleh 15 selebriti terkenal tanah air.

Antara selebriti tanah air yang bakal terlibat dengan program tersebut termasuklah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan dan Louisa Chong.


Menggunakan konsep yang sama seperti MasterChef Malaysia sebelum ini, sesi Rakaman MasterChef Selebriti Malaysia pertama akan diadakan di Dapur Masterchef yang terletak di Industrila Park, Shah Alam pada Selasa depan.

Juri yang mengadili Masterchef selebriti Malaysia: terdiri daripada Chef Papa Joe, Chef Zubir dan Chef Adu Amran. Chef Ridz tidak dilantik menjadi juri kerana ada kakaknya, Serina Redzuan, bagi mengelakkan ketidakadilan dalam rancangan tu nanti.

Rancangan ini bersiaran selama 4 minggu dengan 28 episod. Konsep tetap sama macam Materchef Malaysia dulu, barisan selebriti yang terlibat akan mengharungi pelbagai ujian masakan dan kritikan daripada juri pastinya memberi cabaran.

MasterChef Selebriti Malaysia akan disiarkan pada setiap Sabtu hingga Selasa, jam 9.00 malam bermula 26 Mei 2012 secara eksklusif di Astro Ria menerusi saluran 104.

Lagi menarik cerita..tapi lama lagi la..hehe

Google Malaysia

memang menarik ar..terbaekk n memudahkan..



GOOGLE Malaysia memperkenalkan tiga penambahan utama kepada Google Maps yang membolehkan pengguna di negara ini merancang dengan lebih baik perjalanan mereka dan mendapatkan maklumat semasa.


Penambahan itu membabitkan dua lapisan baru, ‘Traffic’ dan ‘Transit’, serta antara muka dalam Bahasa Malaysia.

Pengurus Negara Google Malaysia Sajith Sivanandan berkata, dengan membuka lapisan ‘Traffic’ di Maps, pengguna boleh melihat dengan segera sama ada jalan raya sesak atau bergerak lancar berdasarkan kepada kod warna.
“Merah bagi jalan sesak, kuning bagi yang bergerak perlahan dan hijau bagi aliran lancar.

“Lapisan baru ini memudahkan pemandu untuk merancang laluan alternatif ke destinasi mereka,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.

‘Transit’ menyediakan maklumat mengenai perjalanan menggunakan sistem pengangkutan awam Malaysia di Google Maps.

Ia juga menawarkan pilihan lebih baik bagi pengguna Malaysia yang mahu mengelakkan kesesakan trafik dan pergi ke bandar dengan menggunakan pengangkutan awam.
Sajith berkata, data bagi ‘Traffic’ dan ‘Transit’ diperoleh daripada pelbagai sumber, termasuk, jabatan pengangkutan kerajaan dan penyedia data swasta.
Sementara itu, Google Maps kini tersedia dalam bahasa Malaysia.

Versi Google Maps dalam bahasa Malaysia yang sudah lama ditunggu-tunggu itu memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengemudi dan berantara muka dengan Google Maps, menggunakan bahasa yang mereka paling selesa.

“Penambahan baru ini adalah sejajar dengan misi Google untuk mengatur maklumat dunia dan menjadikan ia berguna dan boleh diakses sejagat, di samping mengukuh, menambah baik dan menyetempatkan produk dan perkhidmatan,” kata Sajith.

Thursday, March 29, 2012

Abby Abadi kembali kepada fitrah

Alhamdulillah diucapkan kepada Abby Abadi kerana mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya selepas pulang menunaikan umrah baru-baru ini. Untuk makluman, Abby telah menunaikan umrah pada 15 sehingga 26 Mac yang lalu.



Abby maklumkan yang dia nekad untuk membuat keputusan ini:

Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini. Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki.