Friday, January 3, 2014

kes bayi di taska

hmm bile difikir balik
budak tu bukan dari taska baby SN
harap2 dijauhkan la dari perkara-perkara buruk ni
nauzubillah

sebab setakat ni ku da kenal setiap anak2 kat taska tu
n setiap hari teacher die akan gtau ape yang berlaku
n ku pun kalau boleh tiap2 ari akan tanye kalau sempat
n setakat ni kalau ada ape2 die akan call
n setakat ni nampak yang teacher die seorang yang penyayang n amik berat
n lebih yakin sebab ku kenal owner tu
n setakat ni xde yg mencurigakan,sebab ada sesetengah taska yg ku baca xmmbenarkan parents masuk,tapi yg ni ku da tengok sendiri teacher 'handle' baby SN terutama cara die bagi susu, kat toilet
n sekarang ada 3 orang teacher utk 3 bilik
n ku nampak cam ada sijil yg berdaftar ngan JKM
lagi nampak taska die bersih..cukup la tu kan..panjang lak..hehe

cite yang kat atas ni semua sebab:

Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bayi mereka berusia empat bulan meninggal dunia ketika mengambilnya dari TASKA di Desa Pinggiran Putra, semalam, berlaku di putrajaya

 Lebih menyayat hati kejadian itu langsung tidak disedari pengasuh yang menyangka bayi berkenaan sedang tidur nyenyak. Doktor mengesahkan Azeem sudah meninggal dunia antara jam 11 hingga 12 tengah hari tanpa disedari pengasuh. Difahamkan, kematian bayi malang itu bukan disebabkan tersedak susu kerana pemeriksaan mendapati susu atau cecair yang berada di dalam kerongkong bayi itu sangat sedikit.

“Segalanya berlaku dengan pantas. Bayangkan, saya menghantar anak ke taska dalam keadaan sihat tapi saya hanya membawa pulang tubuhnya yang sudah mengeras dan kaku,” katanya

Rossmaine berkata, dia cuba menghubungi pemilik taska berkali-kali namun taliannya dimatikan, sebelum suami pemilik taska itu menghubungi bagi bertanya dengan lebih lanjut. “Suami kepada pemilik taska berjanji untuk datang ke sini (hospital) tapi sampai sekarang (malam tadi) kelibatnya belum muncul”, katanya.

Lebih menyedihkan, katanya hanya dua pengasuh yang bekerja di situ untuk menjaga puluhan bayi dan kanak-kanak.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BayimeninggalselepasibuambildariTASKA/Article/index_html
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayimengeras_kebiruanpulangtaska/Article


sedihnya..sabarlah...sudah ajal anak kecil tu..apa pun yg berlaku di taska tu sekadar penyebab nya saja..sudah tertulis di loh mahfuz bila dan bagaimana seseorang akan meninggal..sekarang ni hantar taska pengasuh pun risau...amik maid jage kat uma pun ade gak kes dera, hantar anak kat pengasuh pun ada kes gak....masalah sebenar susah nk cari org yg betol2 ikhlas nk jage...zaman skang ni mcm ramai manusia xde hati perut n xprihatin.. suma sambil lewa je...


Semoga Allah menjaga dan melindungi anak2 kecil..amin... Al-fatihah buat baby dan takziah buat keluarga.Comelnya arwah. Mcm sedang tido. Ahli syurga.


p/s: betul la bila da anak ni,touching lain skit bile cite pasal anak.
hmm..tapi kat kawasan tu memang banyak sangat taska, bagai cendawan tumbuh selepas hujan,jadi xheran sangat..cuma sibuk gak nak tau yg mne..
wah..tetiba terpanjang lak cite pasal ni ye

1 comment:

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

amboi, bape banyak setakat ni da...hehe

betul2 leha..susah nak cari org yg betul2 ikhlas nak jage anak kite..tp alhamdulillah, bersyukur dgn yg ada skrg..