pagi tadi dengar radio era
tetiba dengar berita pasal kematian seorang anak
disebabkan seorang bapa lupa tentang kehadiran anak di belakang kereta
ya Allah,boleh camtu ye
risaunye
kejadian ni berlaku di Kuantan
“Kami terlupa, minta maaf.” Demikian kata seorang wanita berusia 39
tahun selepas anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad Arif Mohd Yusof
ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira
jam 6.30 petang, semalam, selepas ditinggalkan dalam kenderaan selama
kira-kira sembilan jam.
Bagaimanapun, keluarga mangsa yang ditemui di wad kecemasan
Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, petang semalam, enggan
mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkannya untuk siasatan
polis.
kejadian berlaku apabila bapa mangsa yang berusia 41 tahun terlupa untuk
menghantar anak bongsunya itu ke sebuah taska di Indera Mahkota, di
sini, sebelum menyedari mangsa berada di bahagian tempat duduk belakang
kenderaannya kira-kira jam 5.30 petang, semalam.
Sumber
berkata, pasangan suami isteri terbabit keluar dari rumah mereka di
Kampung Pandan 2, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi, semalam, bersama
lima anak mereka untuk dihantar ke sekolah.
Katanya, bapa mangsa kemudian menghantar dua anak bersama isterinya yang
bekerja sebagai pembantu tadbir ke sebuah sekolah menengah di Pandan,
di sini.
Sebaik mereka pergi semula ke kenderaan untuk pulang ke rumah, bapa
terbabit baru menyedari dia terlupa menghantar Muhammad Ariff ke taska
sebelum melihat mangsa berada di kerusi belakang kenderaan dalam keadaan
tidak sedarkan diri.
Pasangan terbabit kemudian membawa anaknya ke Hospital Tengku
Ampuan Afzan (HTAA) dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia
dipercayai akibat sesak nafas.
No comments:
Post a Comment