Friday, January 24, 2014

cuaca sejuk

patutla pagi2 sekarang ni rasa sejuk je
bukan pagi je
bila balik keje pun nak mandi pun rasa sejuk je
tu kalau malam

kalau pagi lagi la susah nak bangun pagi
rasa nak tarik selimut je
tapi bila keje,bangun la jugak
ish2 sabo je la

sekarang ni pun kalau tukar pampers ngan baju baby SN pagi2
dia leh sambung tido
kalau nak bukak mata tu cam teragak2 je
hahahaha
kelakar pun ada
kadang2 sampai siap pun die leh tido lagi

ni la sebabnya:

Punca cuaca sejuk Suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini adalah disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang agak kencang yang berpunca dari tanah besar China yang pada ketika ini sedang mengalami musim sejuk. 

Selain itu, keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi.