tadi da dengar kat radio pasal ni
memang bagus la kan
tapi wording ayat die untuk golongan/rakyat 'miskin'
a'ah memang pun..sebab harga naik je memanjang kan
nah..baca:
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari
ini memaklumkan bahawa petrol RON95 hanya akan dijual kepada golongan
yang layak sahaja.
Katanya untuk memastikan semua subsidi
kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi
RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.
Jelas
Tengku Andan, pendekatan itu antara lain sebagai usaha mengurangkan
perbelanjaan kerajaan dan dasar harga baru itu dijangka berkuatkuasa
pada Mei atau Jun tahun ini.
"Kami mahu mengenakan kenaikan
hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota)
Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol
RON95," katanya kepada pemberita.
Tambah beliau, mungkin mereka
yang tidak layak untuk membeli petrol RON95 pada harga subsidi, hanya
layak untuk membeli petrol RON97.
Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.
Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran.
Beliau bagaimanapun memberitahu pendekatan baru itu masih dalam kajian
oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment