Tuesday, January 21, 2014

Timbalan Perdana Menteri ketuai 114 penerima darjah kebesaran Kedah




Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengetuai senarai 114 orang penerima darjah dan bintang kebesaran Kedah sempena keputeraan ke-86 Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini.




Muhyiddin adalah penerima tunggal anugerah Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang Amat Dihormati (SHMS) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pula dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tiga dianugerah Darjah Paduka Seri Setia Sultan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS) membawa gelaran Datuk Paduka.

Sepuluh orang dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira. Dua penerima anugerah Darjah Kebesaran Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Seramai 67 orang dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk manakala Ketua Bahagian Asia Tenggara The British Library, London, United Kingdom Dr Annabel Teh Gallop menjadi penerima tunggal DSDK Kehormat, juga membawa gelaran Datuk.

Antara Penerima DSDK  Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripudin Kasim; Ketua Pengarah (KP) Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Mohd Akhir Md Jiwa; KP Jabatan Pembangunan Wanita, Datin Munirah Abdullah Bajaruddin; KP Jabatan Meteorologi, Che Gayah Ismail; Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Talaat; Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Mansor Lat; Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad UUM, Prof Dr Abdul Rahman Abdul Aziz; Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya, Abdul Wahab Mohamed; juruiring kepada Yang di-Pertuan Agong, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Jaafar; Laksamana Pertama Datuk Mohd Reza Mohd Sany (Juruiring Laut).Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mazlin Mokhtar; Pakar Perunding Kanan ORL, Hospital UKM, Kuala Lumpur, Prof Dr Abdullah Sani Mohamed.


Sementara itu, sebanyak 28 orang dianugerahkan Jaksa Pendamai.

No comments: