Thursday, March 13, 2014

Satelit China tunjuk 3 imej : berita baru berkait kehilangan MH370

Berita terkini semalam :

Satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.

Menurut laporan berita saluran CNN itu, objek-objek  terabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.

Kementerian Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Kebangsaan negara itu yakin penemuan ini adalah petunjuk baru kepada kes kehilangan MH370.

Imej berkenaan dirakamkan pada 9 Mac lalu di selatan Vietnam atau timur laut Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ia berkedudukan di koordinat  longitud 105 perpuluhan 63 darjah timur, 6 perpuluhan 7 darjah utara pada latitud.

Imej-imej diambil pada 9 Mac, sehari selepas pesawat hilang, tetapi tidak didedahkan sehingga awal pagi ini.

Agensi China memberikan koordinat longitud timur 105,63, 6.7 latitud utara, yang akan meletakkannya di perairan timur laut di mana ia berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia, dan selatan Vietnam, berhampiran Laut China Selatan bertemu Teluk Thailand.

Ia merupakan petunjuk baru bagi misi pencarian pesawat MH370 yang memasuki hari keenam hilang daripada radar sejak Sabtu lalu.

3 imej dari satelit china





     






“Good Day” – Itulah ucapan terakhir diberikan Kapten Zaharie Ahmad Shah, kepada Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) Lapangan Terbang Subang, sebelum pesawat yang dipandunya MH370 hilang daripada radar.

“Selepas pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 12.40 awal pagi Sabtu, di awal 40 minit pertama semuanya berjalan lancar. Bagaimanapun, kami gagal mengesan isyarat radar pesawat terbabit selepas menyerahkan tugas kawalan kepada pangkalan Ho Chi Minh (Vietnam) beberapa minit kemudian,” katanya kepada Sinar Harian.

“Ketika mahu menyerahkan kepada Ho Chi Minh, saya memaklumkan kod talian kepada juruterbang terbabit (Zaharie), beliau memberi respons yang baik. Okey roger, Good Day (sekian terima kasih), itulah kata-kata terakhir yang diberikan kepada kami di sini sebelum radar kedudukan pesawat itu gagal dikesan selepas memasuki zon (kepulauan) Igari,” katanya.

No comments: