Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia yang hilang awal pagi Sabtu masuk hari ketiga hari ini.
Operasi mengesan pesawat MH370 dipergiatkan pada hari kedua dengan
penglibatan lebih banyak pihak dan kawasan carian yang lebih luas serta kemunculan beberapa kemungkinan baru mengenai kehilangan pesawat itu.
Operasi pada Ahad yang diketuai oleh pasukan tentera Malaysia disertai
oleh pasukan tentera Amerika Syarikat dan negara serantau termasuk
Vietnam, Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina, melibatkan gerakan
dari udara dan laut.
Usaha mengesan pesawat itu juga dipandu
oleh petunjuk baru yang membayangkan ada kemungkinan besar pesawat jenis
Boeing 777-200 itu cuba berpatah balik dari laluan asal Kuala Lumpur ke
Beijing.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata rekod radar tentera menunjuk tanda-tanda pesawat itu cuba berpatah balik dan petunjuk itu disokong oleh petunjuk daripada radar sivil.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada
sidang Isnin mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di
perairan Vietnam semasa operasi mencari yang dilakukan oleh pihak
berkuasa negara itu.
Walaubagaimanapun, Hishammuddin berkata tiada serpihan pesawat ditemui di kawasan timbulnya tompokan minyak tersebut.
kredit to astro awani
No comments:
Post a Comment