Tuesday, March 11, 2014

Penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang



Tarikh penamaan calon pada hari ini 11 Mac di pusat penamaan calon bagi PRK Dun Kajang di Kompleks Sukan MPKajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi pagi ini.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya dari PKR, Lee Chin Cheh meletakan jawatan pada 27 Januari lalu, untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ.

PRK Kajang bakal menyaksikan pertandingan di antara calon wanita PKR dan BN. Wan Azizah yang mengganti suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR di kerusi Dun Kajang dijangka akan meningkatkan bilangan undi bagi PR. Beliau akan dicabar oleh calon BN daripada calon MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang  merupakan Naib Presiden MCA dan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.  

 

Tarikh PRK DUN Kajang adalah pada Ahad 23 Mac 2014, manakala pengundian awal akan dijalankan pada hari Rabu, 19 Mac 2014 membabitkan 1,977 pengundi.

Dun Kajang mempunyai 39,378 pemilih berdaftar iaitu 48 peratus pengundi Melayu,  pengundi Cina (40 peratus), pengundi India (10 peratus) dan 2 peratus pengundi kaum-kaum  lain. 



Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, ditutup pada 10 pagi ini.

Proses itu bermula 9 pagi tadi. 

No comments: