Wednesday, March 26, 2014

al-fatihah MH370

Al-Fatihah. Teruskan berdoa utk mangsa tragedi MH370, semoga roh mereka tenang dan di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman.

 

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan pelaksanaan solat jenazah ghaib untuk penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370 tidak perlu diadakan sekarang, kata pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin malam tadi.

Katanya anggota jawatankuasa sebulat suara bersetuju dan memutuskan bahawa kesemua anak kapal dan penumpang MH370 dikategorikan sebagai orang hilang (mahqud) dan dianggap sebagai orang yang telah meninggal dunia setelah usaha pencarian dibuat oleh pihak berkuasa.

No comments: